16
Kisah Orang-orang Yang Positif
Kategori (Agama | Motivasi) Dikarang oleh KampungBoy Pada 16-03-2009
Bukan mudah, jikalau kita kita nak menjadi orang yang positif. Bukan susah nak menjadi orang yang negatif. Perlakuan yang tidak baik, senang -senang aja nak buat dibandingkan dengan perkara yang baik. Inilah realiti. Tapi bukannya bermakna kita tidak mampu melakukan ke arah yang lebih baik untuk berubah. Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai tajuk post saya kali ini, ada baiknya saya senarai beberapa situasi yang dialami oleh kebanyakan orang-orang kita yang berfikiran negatif apabila berhadapan kejadian seperti ini:
* SITUASI PERTAMA : Memaki orang yang mencuri selipar and di masjid. Nasihat Ustaz Ismail Kamus, ada baiknya kita berfikiran positif dengan muhasabah diri kita sendiri yang mungkin pernah mencuri atau terambil hak orang lain. Ataupun menganggap yang dikatakan mencuri itu, mungkin tergesa-gesa hendak ke tandas tanpa memeriksa terlebih dahulu selipar yang digunakannya itu. Be positive, bak kata orang kampung saya.
* SITUASI KEDUA : Memaki dan memarahi dengan pemandu yang memotong laluan dalam barisan kita ketika kesesakan lalulintas sambil meludahnya untuk menunjukkan tanda kemarahan yang melampau tanpa pemandu tersebut sedari pun. Nasihat Ustaz Ismail Kamus, ada baiknya kita berfikiran positif dengan menganggap pemandu itu mungkin telah terlewat untuk ke tempat kerja, ataupun mempunyai emergency yang memerlukannya mengejar masa. Ataupun si dia dah tahan nak terkucil ker, kita man tau kan……..Hoho……
1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat semangat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim; semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran berkualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Beliau telah menggunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.
Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama : TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua : MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia”.
Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina. Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.
5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, Presiden Suharto (Indonesia) yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.Inilah juga yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin di negara kita sekarang ini. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin (wakil rakyat). Ya….Renung-renungkanlah. Selamat beramal
7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuhBoleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan.
Mana-mana individu pernah menemui kegagalan, jadikan kegagalan sebagai satu cabaran bukannya penghalang. Bina satu keperibadian untuk menjadi orang yang positif. Pengalaman yang berharga dan juga anjakan paradigma untuk menjadikan kita lebih baik pada masa hadapan. Jatuh bangun dalam perniagaan merupakan asam garam yang perlu dilalui terutamanya kepada para IM. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Usah difikirkan kegagalan yang lalu, kerana ini semuanya yang bakal membantutkan langkah kita semua bergerak cepat kehadapan. Kalau masih ingat lagi, kata-kata dalam iklan Petronas sempena Hari Kebangsaan beberapa tahun yang lalu.
Jalan mesti ke depan, bukannya ke belakang.
P/S : Tanamkan dalam pemikiran kita bermula hari ini untuk berfikiran dan menjadi orang yang positif dalam segala perbuatan, tindakan ataupun peristiwa yang bakal dihadapi pada masa hadapan.
PP/S : Kalau ada masa nanti, saya nak kongsikan kisah disebalik iklan Petronas itu. Ada cerita menarik untuk dikongsikan. Tunggu…….Blog Informasi KampungBoy
Menarik Untuk Dibaca :














Aku suke sangat dengar artikel camni. Sikap positif, keyakinan dan tiada alasan untuk berjaya, nde yang aku selalu pegang untuk berjaya dalam hidup. Tetapi, dalam bersikap positif tu, kadang2 kita akan collapse and maybe crying. But, disebalik tu, ia akan menguatkan lagi semangat kita untuk terus berjaya. :D
Fatin Pauzi´s Artikel Terkini..Kenapa Perempuan Tidak Elok Jalan Terkangkang?
[Reply]
yup. setuju. nice article. :)
[Reply]
huh nice entry…jadi cam smgt plak nak gi klas ni..hehe
wan´s Artikel Terkini..Download Highlight English Premier League 14.03.09
[Reply]
Fatin >> Kadang2 jadi manusia yang positif hidup menjadi lebih mudah, cuma perlukan latiha daripada hari kesehari….Biasalah yang bwat ssh nak berubah adalah keegoan sendiri
Ryehana >> Rajinlah2 mai blog nie…keep in going
Wan >> Sebelum nie slalu ponteng ker…Hoho…..sdara dah ada kat jalan yang betul nie.
[Reply]
sentiasalah kita menjadi positif….
mazuki selangor2u´s Artikel Terkini..Lirik Lagu dan Video Klip “Dan Sebenarnya” - Yuna
[Reply]
March 16th, 2009 at 9:54 pm
Ya…tu lebih bek….hidup pun lebih tang aja..xyah nak ribut pikir bnda yang remeh2
[Reply]
Membaca kisah-kisah macam nie memang seronok. Memberi motiasi kepada diri sendiri.
unactive´s Artikel Terkini..Dari Serting Ke Kulim Part 2
[Reply]
March 16th, 2009 at 9:55 pm
Ya…..inspirasi orang yang lbih berpengalaman adalah lebih bek…dijadikan rujukan n panduan. belajar daripada mereka..
[Reply]
huhu..
boleh tak kalau selipar kita hilang kat masjid, pastu kita ambik selipar org lain plak. pastu dosa tu tolak kat org yg curi selipar kita tu. boleh tak?
p/s: aku selalu buat cmtu..
Akmal Hisyam´s Artikel Terkini..50+ Freebies Every Web Designer should have
[Reply]
March 17th, 2009 at 8:47 am
Haha…bleh plak cmtu…jagan men2 kawan2. Ala….bawak aja kawan satu selipar spare bubuh kat moto atau keta…mmg leceh. Tapi okla…daripada chilok orang punya
[Reply]
Haha. Tau takpe. Xleh blah statement. siap leh tolak tambah lagi.
[Reply]
March 17th, 2009 at 7:08 pm
Akmal dah kembali ke pangkal jalan….fatin…
[Reply]
@KampungBoy: haha..masa sekolah je dulu aku selalu wt camtu..duk asrama, bese r selipar ilang. skang ni tak penah lg ilang selipar..
[Reply]
March 17th, 2009 at 7:10 pm
Woooo….betul2. Sebut psai kisah muda2 dulu kat skul. Kalau sorang ilang selipar, mmg berderat la yang len terkna…dengan2 pak imam sekali kena chilok selipar..Huhuhhh
[Reply]
good artikel bro…aku suka baca…lepas ni bleh la lepak sini selalu hehe
peminatjutawan´s Artikel Terkini..5 sebab mengapa ebay bukan untuk anda
[Reply]
March 17th, 2009 at 8:59 pm
Apa yang boleh sy katakan…welcome to the club..
[Reply]
saya sentiasa berfikiran positif…dan hidup dengan seindahnya sebagaimana dunia ini diciptakan….:)
[Reply]
March 18th, 2009 at 9:25 am
Yaya….tu yang terbaeekk. Tinggi metafora ko. Huhuhh. Bagus2.
[Reply]
dungu? ramai lagu orang dungu yang makan anak sendiri..
eyesolution´s Artikel Terkini..How to buy Eye Candy online?
[Reply]
… Aku cuba berfikiran sepositif yang mungkin dalam mengharungi hidup. Selepas kegagalan dalam hidup dan bisnes, aku cuba bangkit dan menongkah arus. Alhamdulillah, kini ada cahaya yang kembali bersinar…
samdaddycool´s Artikel Terkini..Bloggers POYO?
[Reply]
[...] ker, bolehla..) dan tak selincah acik Datuk Nicol Ann Navid kita. Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang sebelum ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua,kisah kejayaan insan murni yang bernama Raja Shamri ini. [...]
I revalue your article just about this topic. I wanted tell that I didn’t find such kind of good thesis writer until now. Are you able write the very well written thesis and just example of thesis?
[Reply]