19
Kisah Jin, Ceramah Ustaz Ismail Kamus
Kategori (Agama | Motivasi) Dikarang oleh KampungBoy Pada 19-02-2009
Kalau sebut aje nama jin, memang akan rasa menggigil satu badan. Padahal kalau nak diikutkan baru sebut nama aja pun. Tak payah pergi jauh….nie dia KampungBoy, aku pun boleh tahan seram jugak. Kenapa jadi macam itu ye??? Sepatutnya, jin yang lebih takutkan manusia. Tapi terbalik pulak. Jin yang sergah kita balik. Ada baiknya aku berkongsi dengan korang kisah berkenaan dengan jin. Lagipun aku baru sahaja lepas habis khatam tengok video ceramah Ustaz Ismail Kamus berkenaan dengan kisah jin.
Sebenarnya kadang-kadang kita mengambil mudah sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan jin. Itu sebabnya ilmu agama perlu ambil berat juga. Tapi itula bak kata Ustaz Ismail Kamus, kadang-kadang orang-orang tua yang dah berpengalaman ini, apa yang dicakapkan sebenarnya ada betulnya tetapi teknik salah berkaitan beberapa perkara. Contohnya, mereka mengatakan ada penunggu untuk sesetengah tempat seperti apabila memasuki hutan. Betul apa yang dikatakan mereka. Apabila mereka masuk hutan, keluarlah ayat seperti ini :>
“Tabik datuk. Anak, cucu-cit nak tumpang lalu”.
Sepatutnya dibaca ayat Nabi Sulaiman dalam berbicara dengan Jin. Ini kerana seperti diketahui, JIn-jin ini memang cukup takut sampaikan nak menjeling anak mata NaBi Sulaiman pun tak berani apatah lagi membantah arahan Nabi Sulaiman. Betul sememangnya ada penunggu seperti yang dikatakan oleh orang tua-tua. Dimana menurut Ustaz Ismail Kamus, di dalam hutan, lombong, kolam, di udara, pokok ciku, pokok kelapa gading adalah merupakan sebahagian tempat tinggal jin. Jin berbeza dengan syaitan Kalau jin, terdapat jin kafir dan juga jin Islam. Kalau syaitan, semuanya kafir belaka. Itu sebabnya kalau membuang ayer kecil contohnya tidak boleh sebarangan atau merata. Tunggula…selepas itu akan bengkak-bengakakla si anu dan si anu.
Sebut pasai udara yang merupakan tempat tinggal bagi jin, tidak mustahil jikalau bangunan tinggi yang ada di negara kita ini didiami oleh makhluk yang dinamakan jin. Sehinggakan, satu ketika dahulu jikalau korang perasan pernah digempar dengan kisah disebalik Ustaz Harun Din Al-Hafiz yang telah memindahkan jin-jin yang dikatakan mendiamani salah satu tingkat tinggi di menara KLCC ke tempat yang jauh daripada tumpuan manusia. Ada yang mengatakan dipindahkan ke Sintokh, Kedah. Betul ker????
Menurut, Ustaz Ismail Kamus jikalau sesiapa keluar mlam, dilarang sama sekali ketika pulang ke rumah, terus hendak memegang budak atau anak. Sebabnya ketika kita pulang ke rumah ada kemungkinan kita akan diekori oleh jin masuk ke dalam rumah. Itu yang menyebabkan anak-anak kecil akan meraung sekuat hati sepanjang malam. Satu perkara yang membimbangkan tentang situasi seperti ini sekiranya berlarutan, dan si bapa atau ibunya tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Mulalah mencari alternatif dan karut lagi marut. Berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan memberikan pula tangkal sebagai langkah perubatan. Inilah tujuan asal jin supaya kita di bawa ke arah jalan melakukan perkara yang syirik. Sepatutnya, apabila mengalami seperti ini, Ustaz Ismail Kamus menyuruh kita membaca ayat kursi sebnyak tujuh kali kepada anak kecil kita yang sedang menangis. Ini kerana sekali baca ayat kursi, jin mungkin akan datang balik mengganggu selepas itu. Tapi jika dibaca berkali-kali sehingga 7 kali, maka Jin pun akan bosan dan seterusnya akan mencari mangsa yang lain.
Kalau nak diikutkan sebenarnya kalau bomoh-bomoh yang tahu berkenaan alam ghaib sekarang ini semuanya karut belaka. Ini kerana bomoh pun dapat tau daripada Jin. sepertiyang diketahui, Jin sebelum ini sememangnya boleh mendapat berita daripada langit kerana dia boleh mengintai keadaan yang berlaku di atas langit dengan cara memanjat antara satu sama lain. Ini kerana pada masa dulu, pintu langit belum lagi dijaga oleh Malaikat. Itu sebabnya ketika dulu, bomoh-bomoh sangat dipercayai oleh orang ramai kerana berita yang disampaikan mereka melalui Jin adalah benar belaka. Sehinggalah pintu langit dijaga oleh malaikat apabila tutunkan kitab suci Al-Quran. Tetapi Jin meneruskan pembohongannya kerana dia tahu, manusa dah taksub dan percayakan bomoh walaupun Jin sudah tidak mampu mendapat khabar berita daripada alam ghaib.
Inilah sebahagian panduan dan maklumat yang boleh aku kongsikan selepas aku menonton Ceramah Ustaz Ismail Kamus berkenaan kisah Jin. Kalau korang ada sebarang maklumat yang nak dikongsikan kat sini, bolehlah bubuh kat ruangan komen di bawah ini. Dipersilakan…
P/S : Boleh semak post aku sebelum ini untuk yang bertajuk “Tip Mencari Barang Hilang“ yang ada diselitkan pengisian dalam Ceramah Ustaz Ismail Kamus.
Menarik Untuk Dibaca :














aku rasa cam penah dengar ceramah ustaz ni..
titan´s Artikel Terkini..Open Case: Cek Pertama dari Youthsays
[Reply]
byk lg kisah2 jin yg best2…
aku pn suke explore mende2 camni…
just nk tambah pengetahuan…
mane tau kot2 terjadi kat kite…
nmpk mudah tp tuhan saja yg tau…
yuzmir´s Artikel Terkini..5 Sebab Kenapa ClickBank Menjadi Pilihan Usahawan Internet
[Reply]
Thanks for the info yang kenapa jin da tak leh dijadikan rujukan bomoh lagi. Rupenya sebab malaikat da jage pintu langit. Great info!
Betul la tu, KampungBoy. Jin dan syaitan sebenarnya takutkan manusia sebab kita ade senjata. Senjata kita ialah ayat kursi, ayat 3 kul dan ayat2 pelindung yang lain. So, Mungkin xde sebab lagi untuk kita takut kat mereka.
p/s: errr…Malam ni, saya sorang je kat umah. Takut ke? hehe…
Fatin Pauzi´s Artikel Terkini..Dapatkan eBook FREE Di Sini! Segalanya Mengenai eBay.
[Reply]
aku pun dah baca buku ni…ada tip yg aku jumpa kat blog ni pasal nak jauh dari benda2 ni n berkaitan dengan nya
http://messengerof4jji.blogspot.com
[Reply]
Titan >> Yeke…patut aku cam perasaan muka ko kat video tu Titan…
Yuzmir >> yaya…act banyak lagi tentang jin, kalau nak explore semuanya kat post nie sampai esok xabes…Hoho…slap2 boleh jadi novel…sebenarnya ilmu cmni xley kita nak terlepas pndang
Fatin >> Jangan takut. abang ada. Kalau takut dok sorang kat umah…lepas aja kat laman blog aku nie…ilang sket takut ko tu fatin..Hoho…
Fid >> Cite berkaitan dengan jin xkan abes…pasti akan ada ilmu baru yang akan kita belajar
[Reply]
Huhu..bape hengget eh harga vcd nih?
[Reply]
eZad >> Xpayah beli pun. Aku pun tengok video Ustaz Ismail Kamus nie kat net. ekonomi sket.
[Reply]
salam.wooo…suka btul saya psl bab ni. dlu pon saya pilih tjuk jin ms wat tesis. m..esok2 klo ada rezki nk cuba gak jd slh sorg perawat under darussyifak
j_hafiz´s Artikel Terkini..EAVista Directory - Submit your link for FREE
[Reply]
April 29th, 2009 at 8:54 pm
darussyifak tu Ismail kamus punya ker???
[Reply]
ustaz ismail kamus punya ceramah memang best. saya minat dari sek lagi. kaset ceramah beliau yg mula2 sekali saya belitajuk jin la. pastu dari kaset siri jin 1 sampai 4 saya kumpul..belum lagi bab mimpi dengan alam roh siri 8.. tu koleksi emas yang paling berharga dlm hidup
[Reply]
April 29th, 2009 at 8:54 pm
Aku cari kat internet aja…
memang setiap minggu kalau ada yang terbaru
mmg aku xlepas dengar punyala…
aku mnat dengan coleteh n ilmu dia
[Reply]
mana man petai?
[Reply]
Slam,,Ceramah,Kuliah memang 1st Class,,Teringat lak mase berbuka posa kt Mekah ngan Ulama tersohor nie,
[Reply]
September 4th, 2009 at 10:59 am
Ya…yang pentingnya setiap kali nonton, tak pernah rasa bosan
walaupun berulang kali
[Reply]
September 6th, 2009 at 4:55 pm
[Reply]
[Reply]