Jangan Lupa Download ebook "Teknik Pemasaran Blog" secara PERCUMA
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Sejarah & Kehidupan ‘Jutawan Motor’

Kategori (Agama | Motivasi) Dikarang oleh KampungBoy Pada 22-12-2008

moto Sejarah & Kehidupan Jutawan MotorRamai orang suka membaca kisah kejayaan orang lain. Siapa suka??? Aku suka. Korang??? Kalau tak ramai. Aku stop aje artikel nie. Cuba angkat tangan sikit, siapa yang minat nak baca. Tak pun, korang bikin ombak ker. Ooooo……ramai-ramai. Hoho…Okeyla…aku bukannya ape. Kalau korang tanya aku, cara bagaimana nak mempertingkatkan tahap motivasi dalam diri, aku lebih suka memilih untuk meneliti dan membaca kisah kejayaan orang lain berbanding artikel motivasi yang berbentuk fakta semata yang kadangkala membosankan. Korang pulak macammana? Bagi aku kisah kejayaan orang lain ini dapat diteliti daripada segi gaya hidupnya, semangatnya dan yang paling penting hasil usaha yang dilakukan secara berterusan daripada mula telah membuahkan hasil. Ini memberikan lebih keyakinan dan ilham kepada aku untuk berusaha lebih bijak dalam mencapai kejayaan. Kali ini aku ingin berkongsi kisah kejayaan seorang tokoh usahawan Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Datuk Low Boon Siew. Tokoh yang memperkenalkan motosikal Honda iaitu Boon Siew di Malaysia. Ikuti kisah beliau….

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersukaria tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

boonsiew Sejarah & Kehidupan Jutawan MotorDalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak begitu pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu beliau memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya. Apa yang dapat aku dapat pelajari daripada kisah Datuk Low Boon Siew ini ialah, dalam menjalankan sesuatu perniagaan, kita tidak boleh patah semangat dengan segala halangan yang datang. Walaupun dikutuk atau ditertawakan, itu bukan satu faktor untuk menghalang kejayaan tetapi jadikan ia sebagai pendorong untuk kita lebih maju dan berjaya.

Satu lagi faktor kejayaan beliau adalah bijak mengambil peluang. Dengan memperkenalkan model motosikal yang belum pernah ada di Malaysia pada masa itu. “Be the first”. Perkara in juga bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam perniagaan Internet anda mahupun dalam semua bidang yang bakal anda ceburi supaya menjadi lain daripada yang lain.

P/S : Kemungkinan esok aku akan berkongsi kisah menarik dengan korang semasa aku di kebun pada hari Ahad yang lepas. Tunggu…..

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Ciri & Karisma Jutawan



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

20 Komen Bernas :> “Sejarah & Kehidupan ‘Jutawan Motor’”


  1. MyAvatars 0.2

    suka byk kisah orang, dapat memberi inspirasi dan semangat..

    Mohd Hafifi´s Artikel Terkini..Realiti dan Fantasi Perniagaan Internet

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    Salam bro,

    Saya nak buat link exchange dengan blog ni . Apa anchor text yang saya perlu guna untuk blog ni ?

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    Hafifi >> Samala…kita. Bila aku nak bac sejarah idup ko plak? Hoho…

    Idea blog >> Boleh aje. Buh KampungBoy je. K…

    [Reply]


  4. MyAvatars 0.2

    kadang-kadang dengan baca kisah orang pun kita ble dapat idea

    kasimo | Blog Buat Duit´s Artikel Terkini..Perlukan bantuan? Saya sedia membantu anda.

    [Reply]


  5. MyAvatars 0.2

    Sudah add.

    [Reply]


  6. MyAvatars 0.2

    ehm. agree. Aku tak tahu cerita pasal dia. hari ini baru tahu..

    [Reply]


  7. MyAvatars 0.2

    bila membaca tentang org yg berjaya..
    naik smangat kita hendak berjaya.

    aleh49´s Artikel Terkini..Tutorial:asas membuat lengkungan menggunakkan pen tool

    [Reply]


  8. MyAvatars 0.2

    Kasimo >> Bukan aje bley bagi idea, inspirasi n pengalamn mereka2 nie..

    Idea Blog >> Saya dah kasi upp dah link sdara…thanx

    Titan >> Selepas nie ko baca plak kisah psai kejayaan aq plak Titan…nanti ko boleh cite kat cucu2 ko nnti…

    aleh 49 >> absolutely correct. Yg nak berjaya mst berkawan dgn orang dh berjaya…sekurang chemistry yg diorang ini ada boleh bagi inspiration kat kita semua….

    [Reply]


  9. MyAvatars 0.2

    salam.. secara x sengaja jumpa blog ni .. hari ni baru dapat tahu kisah ‘boon siew honda’ .. thanks bro …

    [Reply]


  10. MyAvatars 0.2

    aku masih lagi ada simpan Honda C70 (honda petak)…sihat walafiat lagi, bapak aku yang guna…

    spatt´s Artikel Terkini..Kuasa Research…

    [Reply]


  11. MyAvatars 0.2

    afizart >> selamat dtg…sama2. Datang lagi bro..

    spatt >> Wa…itu kalau bikin balik mmg ada value tu spatt..

    [Reply]


  12. MyAvatars 0.2

    cam gitu alkisah boon siew honda yea…xtau plak aku sebelum nie

    mazuki selangor2u´s Artikel Terkini..Blog Bertuah Layak Mendapat Ganjaran

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Pengalaman dia yang penting

    [Reply]


  13. MyAvatars 0.2

    Salam, jangan di lupa. Datuk Low mempunyai team yang kuat, dia pandai memilih siapa yang bagus untuk bekerja dengannya. :)

    Top100Entrepreneur´s Artikel Terkini..Mengenai Produk Ini

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Yaya….biasanya yang kayaraya skang nie
    walaupun xbijak dengan akademik
    tapi kaya dengan pengalaman

    [Reply]


  14. MyAvatars 0.2

    opps…xkan xder cter laen pasal dia???
    aku nak wat hw aku pasal dia la…
    tapi xtaw nak wat aper..
    tapi,thanks r bagi aku maklumat pasal dia

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Ini hanya picisan cerita sahaja
    boleh dapatkan yang lain

    [Reply]


  15. MyAvatars 0.2

    bosn ah..
    sume nie org dh tau!!
    cr r bnde len

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Bukan semua
    kalau sdari dah tau….
    tahniah saya ucapkan
    kdg kita nie manusia kena selalu dipaparkan
    dengan bentuk motivasi
    supaya kita selalu bgkit untuk berjaya

    [Reply]


  16. MyAvatars 0.2

    .. cerita tambahan.. .3 hari dia tunggu depan pejabat kilang moto honda, baru dapat layanan…

    p/s - saya menang moto

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita