19
7 Plugin Wordpress Penting !!
Kategori (Buat Blog | Laman Web) Dikarang oleh KampungBoy Pada 19-12-2008
Wordpress adalah sebuah platform untuk blog yang paling popular sekarang. Kebanyakan orang yang mempunyai domain dan hosting sendiri memilih Wordpress kerana ianya sangat mudah untuk digunakan. Pelbagai plugin yang tersedia pula membolehkan anda memperkemas dan mengautomasikan lagi blog anda dengan macam-macam fungsi.
Apabila anda telah selesai memasang Wordpress (samada secara manual ataupun automatik), perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah pemasangan plugin. Di sini, saya akan kongsikan 7 plugin Wordpress yang paling popular dan berguna untuk anda yang mana aku juga turut menggunakannya. Antaranya :
Spam Karma 2
Salah satu ancaman yang sering dialami dikalangan pemilik blog adalah serbuan spam yang mana kadangkalanya jumlahnya yang datang menyakitkan hati aje. Sebenarnya Wordpress telah pun menyediakan plugin Akismet untuk mengatasi masalah ini. Namun berdasarkan pengalaman aku menggunakannya sebelum ini, plugin ini sering melakukan kesalahan & kesilapan ketika menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya untuk untuk ‘memberkas spam’. Kekurangan kecekapan fungsi plugin ini, dapat diselesaikan dengan adanya plugin yang dikenali dengan namanya, plugin Spam Karma 2. Sejak menggunakan plugin, keberkesanan dan kecekapannya yang dimiliki plugin ini menyebabkab kebarangkaliannya untuk melakukan kesiapan cukup rendah. Lagipun ramai yang mengesyorkan plugin ini digunakan berbanding plugin Akismet. Jadi dipersilakan untuk meng-deaktif-kan Akismet dan install serta aktifkan Spam Karma 2.
All in One SEO Pack
SEO adalah penting untuk blog sekiranya anda mahu blog anda popular. All in One SEO Pack membantu blog anda agar mudah untuk muncul dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Google XML Sitemap
Google XML Sitemap akan membuat sitemap, iaitu senarai bagi semua artikel dalam blog anda. Sitemap ini membantu enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk mengetahui setiap kandungan dalam blog anda.
WP-Super Cache
Nah, ini merupakan salah satu plugin yang boleh dikatakan paling penting dari plugin-plugin lainnya. Plugin ini meningkatkan performance blog anda secara signifikan.
Wordpress Database Backup
Wordpress Database Backup membuat salinan bagi semua data dalam Wordpress anda. Salinan ini adalah sangat penting sekiranya blog anda ditimpa masalah.
MaxBlogPress Ping Optimizer
Tanpa anda sedari, setiap kali anda update atau mengubah kandungan artikel blog anda, wordpress telah melakukan ping kepada ping direktori sekali. Bayangkan kalau anda ubah sepuluh kali kandungan blog anda tu, maknanya blog korang telah di ping sebanyak 10 kali! Maka enjin carian akan cop blog anda sebagai spam! Aaaa…ah, tidak. Seram dengar. Okey2. Relakss…. Alhamdulillah, jangan risau bila anda dah guna maxblogpress ping optimizer ni semua tu tidak akan berlaku lagi. Nak tahu kenapa? Boleh membaca di entri ini
MaxBlogPress Favicon
Anda tau apa tu favicon? Favicon adalah singkatan bagi favorite icon (fav+icon), kelebihan menggunakan favicon ni memudahkan pelawat untuk ingat tentang blog kita. Boleh dikatakan branding juga la, lagi bagus gunakan logo sendiri untuk favicon di blog. Seperti yang kelihatan dalam blog aku ni tengok kat atas tu, nampak tak? Memang tiada lagi pun. Pada masa entry ini dibuat. Hoho…baru aje nak guna. Skang nie tengah tunggu confirmation link daripada mereka. Dengan plugin ni, memasang favicon semudah A B, C…(anda sambung sampai habis). Hoho….
Max Banner Ads
Ini adalah plugin yang paling aku suka dari maxblogpress! Sangat-sangat! suka. Sebab dengan plugin ini mudah bagi aku untuk meletak banner dan sebagainya tanpa perlu mengusik apa-apa coding. Hanya perlu copy dan paste sahaja aku boleh tentukan banner aku tu boleh muncul kat mane-mane, tak kisah la kat atas ke, bawah ke, semuanya dihujung jari. Guna jari pun boleh. Hoho…
Apa yang telah disenaraikan di atas adalah plugin paling asas yang perlu anda pasang dalam Wordpress anda. Semuanya berfungsi untuk menguruskan hal-hal yang kritikal seperti SEO(Search Engine Optimization) kedudukan blog anda dalam enjin carian, kelajuan blog, serta backup bagi data-data. Sebenarnya banyak lagi plugin-plugin yang berguna dan boleh digunapakai dalam blog anda. Tapi cukuplah untuk kali ini punya entri. Mungkin pada artikel-artikel yang akan datang. Siapa tahu……tunggu. Anda juga boleh menambah senarai plugin yang mungkin anda gunakan tapi tidak tersenarai, boleh kongsikan di sini.
P/S : Sampai sekarang imej untuk gravatar aku, tidak boleh didisplay. Anda rasa kenapa ye??? Boleh tak juga kongsikan di sini. Harap dapat membantu.
Menarik Untuk Dibaca :














aku dah tak guna spam karma. guna akismet jer dah.
taukey´s Artikel Terkini..Jom Tingkatkan PR Blog Anda
[Reply]
Gravatar? Cuba cek email yang kau guna untuk daftar sama tak untuk komen ?
[Reply]
Thanks K.B atas info tu,pah ni kena godek2 lagi tentang plugin- banyak lagi install… :-)
Nik´s Artikel Terkini..PPL:PLR Minisite Percuma untuk perniagaan internet anda
[Reply]
terima kasih kampung boy.i pun baru nak berjinak2 dengan blog.info yang menarik
[Reply]
aku rasa lebih 20 plugin kat setiap blog aku. haha..gila punye banyak..
[Reply]
Taukey >> Okeylatu, mesti plugin tu serasi dgn jiwa ko. Hoho…
RK >> Baru aje tru bwat cm yg RK cakap. Tapi tahla.. Dah tukar email pn stil gak cmni. Xley nak tunjuk kejantanan kat gravatar aku cmni.
Nik >> Godek smpai lebam Nik. Bnda cmni kena banyak try n error aje.X
[Reply]
Latifah >> Sm2. Ringan2kanlah badan mai kat blog pasnie…
Titan >> Wa…banyaktu…Titan,. Tapi logik la kan, blog ko bukan aje sarat ngan plugin, sarat gak ngan dwet2 yg tersembunyi….tunggu ms aje ko nak kutip. Hoho…
[Reply]
sy xda lg blog pakai wordpress ingat nak try gak la..
aleh49´s Artikel Terkini..tutorial:abstract warna-warni
[Reply]
Bez Lah artikel ni..aku pun mencari pluGin2 bez ni
[Reply]
I would take custom dissertation or length of dissertation. But to demonstrate that you are a good students, you should utilize buy thesis.
[Reply]
I do trust that at this time some people really need essay writing sample just about this good post, because it is our deal to supply people with the great topics connecting with make an order.
[Reply]
The simplest way to check out the trustworthiness of the thesis writing services was to order some intellectual thesis help close to this post in dissertation service.
[Reply]