24
Langkah Upgrade Wordpress Version 2.8
Kategori (Buat Blog | Laman Web) Dikarang oleh KampungBoy Pada 24-08-2009
Wordpress terus melakukan transformasi dengan berjaya mengeluarkan versi beta, 2.8 Beta 4, yang menjadi paltform dalam dunia blogging yang semestinya yang pastinya daripada segi navigation dan interfacenya akan lebih baik dari versi-versi yang terdahulu. Ini pastinya mmebantu para blogger menggunakan patform Wordpress dalam keadaan yang lebih mudah. (Ada istilah yang perlu digiunakan dalam bahasa Inggeris) supaya anda lebih paham. Boleh semak paparan video yang disediakan di sini
Antaranya, Tag Management, penggunaan tag sekarang ini boleh diuruskan secara terus dari Post section, juga dipanggil Post tag yang mana memberikan variasi pilihan untuk kita buat new tag, tag slug, dan penerangan untuk satu-satu tag tersebut. Memuat turun tema Wordpress terus dari Ruangan Admin. Ini membolehkan pemilik laman blog mampu mengubah tema Wordpress yang diingini tanpa perlu menggunakan file yang terdapat di dalam server seperti FTP clients. Sebenarnya aplikasi ini sudah boleh digunakan sejak dari version yang terdahulu lagi, iaitu version 2.7 dan sekarang ini anda juga boleh terus menggunakannya. Mengubahsuai semua plugin yang digunakan menggunakan kemudahan editor. Kod php yang yang terdapat dalam file plugin juga boleh diubahsuaikan secara terus daripada Ruangan Admin. Ini kerana ada kemungkinan sesetengah plugin tidak dapat beroperasi dengan baik dengan tema Wordpress yang dipilih. Kemudahan Mengubahsuai Komen dari Pembaca. Anda boleh membuang, membalas dan merekod spam untuk setiap komen yang dihantar kepada anda. Sekurang-kurangnya ia membantu anda menangani masalah spammer. Mengemaskini Ruangan Widget, akhirnya semua bahagian sidebar laman blog anda akan dipaparkan supaya memudahkan anda memilih drop down box. Apabila nada mempunyai pelbagai sidebar, kemudahan seperti ini amat membantu terus mengemaskini sidebar-sidebar anda terus di ruangan admin.
Ini adalah langkah-langkah yang boleh diikuti sebagai panduan Upgrade Wordpress Version 2.8
1) Download engine WordPress 2.8 disini dan simpan di komputer
2) Ekstrak file-file Wordpress 2.8 tersebut dan kemudian, hapuskan file wp-content
3) Backup database untuk MySQL anda, terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya jika ada sebarang masalah ketika melakukan proses upgrade laman blog anda, database yang sebelumnya boleh digunapakai.
4) Membuang atau menyahaktifkan kesemua plugin wordpress yang telah dipasang(ya, setiap satu) dan juga tukarkan tema laman blog anda ke tema Wordpress yang asal aka Kubrick
5) Kemudian compresskan semula folder wordpress 2.8 kepada format .zip atau pun .rar [sebagai contoh : wordpress.rar]
6) Masuk ke CPanel kemudian di file manager buat folder baru (mis: backup)
7) Backup database untuk MySQL anda, terlebih dahulu dengan cara pindahkan file-file wordpress yang ada di public_html ke folder baru kecuali wp-content dan config.php (hal ini untuk megambil langkah berjaga-jaga jika proses upgrade wordpress yang dilakukan gagal, kita masih boleh megembalikan file-file tersebut ke wordpress versi sebelumnya)7. Upload file wordpress yang sudah dicompress (zip) di komputer tadi ke ruangan public_html
8) Kemudian ekstrak file tersebut (inget !! file-file dalam file zip harus diekstrak di public_html,
- Buka http://lamanbloganda/wp-admin
- Kemudian click Upgrade WordPress
- Lalu Continue
- Masuk sebagai admin seperti biasa
9. Anda boleh menggunakan semula tema wordpress yang telah digunakan sebelum ini, begitu juga plugin-plugin yang telah dipasang pada vesion terdahulu. (Plugin harus dipasang semula satu-persatu supaya memudahkan anda mengesan plugin yang boleh mendatang masalah. Ini kerana ada sesetengah plugin tidak compatible dengan tema wordpress yang anda gunakan
Menarik Untuk Dibaca :














Terima kasih atas info ni.
memang berguna :D
Biasanya saya tak akan upgrade WP bila semuanya elok…
sebab takut bila Upgarde banyak pulak isu
[Reply]
August 24th, 2009 at 12:27 pm
Kalau alan nak tau
blog ini masih ditakuk lama
iaitu version 2.6
tak ubah-ubah pun
cuma beberapa blog lain yang baru setup
mmg “terguna” version 2.8
sebab apa saya tak nak ubah????
sebab saya sangat selesa guna version lama
[Reply]
[...] is the original post: Langkah Upgrade Wordpress Version 2.8 Comments0 Leave a Reply Click here to cancel [...]
Salam kampungBoy..erm..wp new edition erk…rase beq tunggu dulu kalo nak upgrade sal takut jadi poblom cam yg alan tan kate tue..aku da penah kene tue kampungboy…seharian gak amik mase nak setel balik tue…hehe..pepon gut info…
[Reply]
August 24th, 2009 at 12:29 pm
Actually entri ini ditujukan khas kepada salah seorang pengunjung laman blog ini
yang ada request untuk saya membantu beliau untuk upgrade ke version 2.8
jadi entry ini ditujukan khas kepada beliau
samada ada beliau masih nak upgrade lagi, terpulang……..
[Reply]
August 24th, 2009 at 1:32 pm
betul tue…aku dah try upgrade blog aku pakai latest wordpress…ada skit problem..cthnya widget dia tak function elok…
[Reply]
August 24th, 2009 at 6:16 pm
itula….wordpress kali ini banyak betul bug
[Reply]
Salam KB,
kebanyakan blog yang sy buat sekarang dah 2.8.3
Dan masalahnya, widget tak tele dengan theme sedia ada sekarang. Rasa susah pulak pakai WP version baru ni. Ada apa-apa tips tak? atau ada cara nak reverse balik pakai old version punye WP huhuhu
[Reply]
August 24th, 2009 at 6:00 pm
bab nak downgrade
just re-upload balik wordpress version 2.7
via FTP
tahla…bagi saya untuk versi setakat ini versi 2.6 yang user friendly
sampai saya pun belum ada hati nak tukar
[Reply]
August 24th, 2009 at 10:33 pm
Betul tu KB. Sy pun still guna 2.7. Rasa lagi mudah walaupun nampak macam buruk je ruang admin dia. Yang baru ni…no komen huhu…mungkin kene banyak belajar dan explore lagi
[Reply]
August 25th, 2009 at 5:58 am
saya buruk belakang kira
yang penting daripada segi navigation mesti mau tip-top
sebab ruangan admin, kita sahaja yang guna
org lain xtau pun
[Reply]
Bab database tu kurang paham
camne nak backup? dab restore pula bagaimana?
[Reply]
August 24th, 2009 at 6:20 pm
penerangan yang lebih jelas boleh semak di sini
http://codex.wordpress.org/WordPress_Backups#Backing_Up_Your_WordPress_Site
walaupun dalam Bi
tapi penjelasan dan bahasa yang digunakan mudah difahami
harap membantu
[Reply]
hoho…tq bro KB,
tpi berdasarkan komen2 rakan2 lain,
rpenye mcm2 pro/kon upgrading ni ye.
eum,sya pun riso gak nk upgrade, kene delete wp-content tu…
p/s:kpd rkn2, sy yg request bro KB utk bg pnduan upgrade wp 2.8.4 ni. sdg berfikir2 nk upgrade atau x~
[Reply]
August 25th, 2009 at 5:59 am
Gud luck bro…
diharap post saya kali ini membantu
selamat berpuasa
[Reply]
August 25th, 2009 at 1:09 pm
insyaALLAH…
tpi rsenya, bt msa ni,
hold dulu version lama~
anyway, tq again for this posting~
[Reply]
malas btul nak updated..he3..
[Reply]