26
Kehebatan Buat Duit Dengan Pelaburan Emas
Kategori (Buat Duit) Dikarang oleh KampungBoy Pada 26-08-2009

Untuk permulaan, saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi artikel ini semata-mata mahu membaca review daripada saya berkenaan panduan buat duit dengan pelaburan emas. Jarang sekali saya buat ulasan panjang seperti ini, kerana harapan saya supaya lebih ramai yang mempelajari dan menimba ilmu berkenaan dengan emas. Alhamdulillah saya berjaya habiskan membaca panduan ini, bukan sekali, tapi 3 kali. Saya ulang membacanya berkali-kali supaya saya benar-benar faham dengan konsep dan langkah-langkah yang diajar dalam pelaburan emas oleh En. Syukor iaitu antara seorang individu tertinggi dalam Public Gold Malaysia yang amat aktif dalam urusniaga pelaburan emas dalam negara. Beliau sering dijemput untuk memberikan seminar mengenai ilmu pelaburan emas di serata negara dan yang terbaru akan diadakan di UKM pada 28 Ogos 2009 yang sebelum ini banyak memberikan info percuma mengenai ilmu pelaburan emasnya. Beliau telah banyak mendidik mereka-mereka yang memang serius dalam pelaburan emas dan kini mula berjaya melalui laman blog beliau jutawanemas.com
Selepas saya melihat sendiri betapa rapuhnya sistem kewangan dunia pada hari ini apabila negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sedang mengalami krisis ekonomi ia menunjukkan petanda bahawa sistem kapitalis yang diagungkan oleh mereka selama ini adalah sistem yang pincang dan menyebabkan kemusnahan serius terhadap ekonomi. Bayangkan apa akan terjadi kepada negara seperti China yang memegang rizab USD terbesar di dunia dengan pegangan lebih 1 trillion USD sekiranya berlaku krisis kepercayaan yang meruncing pada matawang tersebut. Ke manakah akan dilongokkan timbunan “kertas-kertas” tersebut?
Seperti situasi di atas, saya berpendapat perlunya menimba ilmu berkenaan dengan emas. Saya sendiri bermula daripada kosong berkenaan pelaburan emas dan merasakan belajar dengan orang sudah berjaya adalah langkah yang sangat wajar. Bagi saya, apalah sangat duit yang ingin dilaburkan untuk mendapat ilmu, lebih-lebih lagi ilmu berkenaan pelaburan emas, suatu ilmu yang boleh digunakan untuk pelaburan jangka masa panjang. Bagi saya sendiri ilmu berkenaan emas ini masih baru lagi, tetapi sangat berpotensi. Dan saya berfikir tidak sepatutnya melepaskan peluang keemasan ini, sedangkan masing-masing sudah bergerak jauh ke hadapan.
Tanpa membuang masa, ayuh mari saya kongsikan apakah rahsia-rahsia yang terkandung dalam panduan buat duit dengan pelaburan emas. Setelah membaca panduan ini sebanyak 2 kali, dan tempoh hari saya baca sekali lagi. Apa yang saya belajar, antaranya saya diberikan pendedahan dengan cukup jelas yang mana emas adalah sangat-sangat bernilai berbanding dengan nilai matawang dollar. Sebelum ini kebanyakan orang hanya melihat dollar sebagai sangat bernilai, tetapi sebenarnya emas adalah lebih bernilai walauapapun yang berlaku – inflasi, kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang, kejatuhan nilai matawang, bencana, peperangan dan lain-lain. Anda boleh lihat sendiri kesan disebalik apabila berhadapan dengan pelbagai pergolakan, tribulasi, peperangan, dan pelbagai lagi krisis ekonomi dan kemanusiaan. Salah satunya ni negara Zimbabwe. Kasihan mereka. Saya sendiri dapat merasai kesengsaraan yang sedang dialami mereka. Lihat gambar di bawah.
(Situasi seperti ini tidak akan berlaku jika bertindak awal. KLIK setiap gambar di atas, bagimana untuk menyelesaikan masalah mereka !!!)
P/S : Inilah masalah yang dialami oleh salah seorang rakyat Zimbabwe apabila negara mereka mengalami keruntuhan matawang akibat pergolakan yang berlaku di sana. Dengan bermodalkan sehingga 25 juta dollar Zimbabwe, mereka hanya mampu mendapatkan USD1, 3 biji telur dengan belanja sehingga 1 billion dollar Zimbabwe dan bil-bil restoran yang melambung tinggi adalah perkara biasa di sana.

Saya sendiri bakal menjadi pelabur. Chewah, KampungBoy bakal mnjadi pelabur emas. Ya…semestinya. Saya sebagai bakal pelabur perlu berjaya mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas. Itulah yang ditekankan oleh En. Syukor. Oleh itu, selepas ini saya tidak akan sewenang-wenangnya diperdaya dengan spekulasi pasaran harga emas yang kononnya diwar-warkan. Saya puas hati apabila baca panduan En. Syukor ini. Lebih-lebih belajar dengan individu yang mempunyai ilmu pelaburan emas yang cukup-cukup luas. Ilmu ini sebenarnya sebagai satu benteng untuk kita termasuk saya sendiri menghadapi pelbagai cabaran seterusnya dijadikan “satu pelaburan jangka masa panjang”. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek dan sederhana, faktor ini amat penting sekali.
Okey, seterusnya sebelum memulakan pelaburan emas, saya juga diajar cara mengenalpasti apakah yang saya inginkan dengan keuntungan pelaburan emas? Adakah ianya untuk kahwin,bayar hutang, simpanan hari tua, pendidikan anak-anak atau lain-lain? Dengan startegi yang paling sesuai, matlamat atau apa yang saya idamkan akan tercapai! Selain itu, saya ditunjukkan bagaimana cara terbaik apabila ingin menggadai emas, seterusnya membolehkan saya mendapat keuntungan yang lebih, bukannya kerugian. Inilah yang sering tidak diketahui oleh ramai orang termasuk saya sendiri. hehe…..Almaklum r baru nak bertatih dengan pelaburan emas.
Dengan membuat loan juga sebenarnya saya mampu menjana keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Yang ini saya suka. Saya telah ditunjukkan satu study case yang dilakukan oleh En. Syukor yang menunjukkan terdapat keuntungan 51.88% dalam masa 5 tahun pelaburan emas ini. Bukan itu saja, teknik pemanipulasian ASB untuk melabur dalam emas juga akan ditunjukkan di mana saya bakal berpeluang mendapat keuntungan dari ASB dan pelaburan emas serentak! Ha….teknik ini saya akan peraktikkan.
Dalam panduan buat duit dengan pelaburan emas ini, saya didedahkan bagaimana dinar emas dijadikan pelaburan paling berkesan untuk tujuan meminang gadis pujaan atau naik haji dalam tempoh masa tertentu. Dan saya mampu memulakannya sekarang! Bukan lagi masalah apabila ada timbul-timbul was-was kerana kekurangan ilmu dalam mengendalikan urusan jual beli barangan kemas. Ini kerana dalam bab ini, saya diajarkan teknik terbaik untuk mendapatkan nilai yang terbaik untuk barang kemas yang ingin dijualkan. Selepas ini, tidak berpeluang lagi tokey-tokey pajak gantung gadai untuk menipu. Pokok pangkalnya mesti ada ilmu berkenaan dengan emas
Menarik Untuk Dibaca :






















… Tak sabar aku mendalami ilmu pelaburan emas ni.. Good review.. teruja aku nak beli buku ni..
[Reply]
August 27th, 2009 at 5:35 pm
Baguslah kalau bro ada niat macamtu
dipersilakan….
Kadang2 situasi sekarang ini, tak boleh hanya bergantung hanya kepada sebatang dahan sahaja.
[Reply]
menarik review KB kali ini
sangat membantu
saya dah berkira-kira nak sambar ebook ini
[Reply]
August 27th, 2009 at 5:36 pm
Dipersilakan….
Ilmu yang bagus dan berguna seperti ini
jangan dilepaskan
[Reply]
[Reply]
August 27th, 2009 at 5:37 pm
Haha…..perli baik punya
saya cuma ulas apa yang telah saya baca
ini pun habis baca ebook yang kedua
[Reply]
August 28th, 2009 at 10:01 am
aiyakkk….perli plak. betul beb. cara kau tulis memang menarik….mesti pandai tulis sales letter ni.
[Reply]
August 28th, 2009 at 11:14 am
kalau macam itu
terima kasih daripada saya menghargainya
bro dah beli ebook ini?
kalau belum lagi, boleh dapatkan kat sini
untung2 dapat bonus tambahan yang saya sediakan ini
[Reply]
huhu…mcm menarik
[Reply]
fuh mantob bro… u punya artikel
kena sambar cepat ni tak sabar rasanya.
[Reply]
August 29th, 2009 at 5:47 am
Ya…kena cepat bertindak bro…sebelum jualan ditutup
sekarang ini dah ramai dah mula sedar potensi pelaburan emas
saudara jangan tunggu lagi
[Reply]
selamat berpuasa buat semua umat islam.
[Reply]
saya setuju..
labur dlm emas mmg untung….
[Reply]
Pelaburan emas mampu meberi keuntungan yg lebih baik drpd ASB.emas merupakan satu pelaburan yg baik sepanjang zaman.
terima kasih kampungboy atas informasi yg berguna ini…:-)
[Reply]
menjual koleksi barang kemas dengan harga borong, boleh anda jual semula dibawah harga kedai, satu peluang perniagaan untuk anda. lihat katelog di http://tuahgold2.weebly.com
[Reply]