26
Kehebatan Buat Duit Dengan Pelaburan Emas
Filed Under (Buat Duit) by KampungBoy on 26-08-2009

Untuk permulaan, saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi artikel ini semata-mata mahu membaca review daripada saya berkenaan panduan buat duit dengan pelaburan emas. Jarang sekali saya buat ulasan panjang seperti ini, kerana harapan saya supaya lebih ramai yang mempelajari dan menimba ilmu berkenaan dengan emas. Alhamdulillah saya berjaya habiskan membaca panduan ini, bukan sekali, tapi 3 kali. Saya ulang membacanya berkali-kali supaya saya benar-benar faham dengan konsep dan langkah-langkah yang diajar dalam pelaburan emas oleh En. Syukor iaitu antara seorang individu tertinggi dalam Public Gold Malaysia yang amat aktif dalam urusniaga pelaburan emas dalam negara. Beliau sering dijemput untuk memberikan seminar mengenai ilmu pelaburan emas di serata negara dan yang terbaru akan diadakan di UKM pada 28 Ogos 2009 yang sebelum ini banyak memberikan info percuma mengenai ilmu pelaburan emasnya. Beliau telah banyak mendidik mereka-mereka yang memang serius dalam pelaburan emas dan kini mula berjaya melalui laman blog beliau jutawanemas.com











