Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 31-08-2009
Hari ini tanggal 31 Ogos 2009, negara kita sekali lagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52. Dikesempatan ini, KampungBoy yang mewakili seluruh blogger di pelusuk kampungboy kampung untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-52. Sebenarnya kalau anda nak tahu, kalau saya nak tengok wacana, baik forum mahupun debat. Saya agak memilih jugak. Kalau tak buat sakit telinga aja dengar, balik-balik “lagu yang sama”. Ehem-ehem. Wacana yang bagus, ialah wacana yang bebas untuk kita mendengar satu pendapat yang bernas, dan diberikan ruang untuk ahli panel mengutarakan pendapat ikhlas tanpa menyebelahi mana-mana fahaman politik seterusnya membolehkan para pendengar berfikir dan menilainya dengan baik. Akhirnya tempoh hari kalau tak silap saya, semasa membuka siaran televisyen, saya tewas juga mendengar satu forum yang dikendalikan oleh saudara Syed Munawar anjuran TV1. Saya lebih tertarik dengan kelibat ahli panel yang membincangkan isu berkaitan erti disebalik kemerdekaan sebenar di negara. Apa yang menariknya……
Read the rest of this entry »
Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 21-08-2009

Selamat Berpuasa semua. Besok tanggal 22 Ogos 2009, dijangka akan bermula ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Masa berlalu terlalu cepat. Terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam menghabiskan ibadah puasa sebelum ini. Sayu mengenangkan ramai insan-insan yang dikenali tidak dapat berjumpa Ramadhan kali ini sedangkan mereka semua masih sihat ketika menjalani Ramadhan tahun lepas. Mereka sendiri tidak tahu itu merupakan Ramadhan mereka yang terakhir.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 17-08-2009
Kalau ikutkan usia laman blog saya ini, Blog Informasi KampungBoy, dah nak masuk 9 bulan jugak. Lebih kurangla….kan. Cincai kira. Kalau ibu mengandung, masa inilah perut para-para ibu “mula berjoget” menunggu saat untuk melahirkan seorang insan yang bertuah di muka bumi ini. Okey berbalik pada tajuk asal. Fokus-fokus. Kalau dulu, nak diceritakan punyalah malas saya nak membaca. Tidak kira baik buku motivasi, artikel-artikel yang panjang-panjang lagilah. Malas tahap kelabu nak baca. [Malas + tak minat] memang satu pakej lengkap untuk menjadikan saya seorang yang malas membaca. Itu dulu. Dulu…….Sekarang ini, bila saya dah bergelar Blogger KampungBoy, dah kenal perniagaan Internet dan blog, minat dan kesedaran membaca tu datang dengan sendirinya. Tak payah suruh-suruh pun. Bila-bila kita buat sesuatu dengan penuh minat, pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh.
Read the rest of this entry »
Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 21-07-2009
Lama betul saya tak update laman Blog Informasi KampungBoy saya ini. Adla…nak dekat 2 minggu. Almaklum, sekarang ini sedang sibuk dengan beberapa projek perniagaan internet. Offline pun ada, incoming. Tak cukup tangan jadiknya. Haha…redahkan sahaja. Okey. Semalam malam, saya memang tak senang duduk. Panas aja punngung. Mana taknya, baru nak turun mapley tengok live bola. Game apa? Haha…jangan tanya soalan cmni. Kan semalam game Manchester United vs Malaysia. Sekali takde live pulak. Try pulak tengok online kat laman web Justin.tv. Sebelum nie tengok tak de masalah. Tetiba plak rezeki malam tadi, dapat Internet slow tahap…..gaban. Hampeh. Haha……..Yang tak dapat tengok semalam jom sama kita saksikan babak-baka game Manchester vs Malaysia. Hasbulat Awang melaporkan…….
Read the rest of this entry »
Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 17-06-2009
Harap korang jangan salah faham. Bukan kisah terlampau ek. Tapi kisah lampau aja. Almaklum, “perkataan terlampau” nie dah jadi satu trademark untuk kisah konterversi………..Ooops!! Abaikan jela. :) Bukan cerita itu yang aku nak kongsikan kat sini. Tapi kisah lampau masa aku menjalani khidmat negara latihan praktikal dulu. Latihan praktikal aku masatu dengan satu firm engineering. Kalau bukan kerana bagi can(peluang) kat sorang baby girl kelas aku dulu, memang sah-sah aku latihan praktikal dok panaskan punggung aja. Duduk bawah aircond sampai makan kuaci. Haha….memang kalau dapat, kerja memulau aja. Hujung bulan dapat gaji. Banyak ker dapat? Jawab aku, memang ciput aja. Standard rate bebudak praktikalla….Itu citenya kalau kat syarikat sana tu. Disebabkan aku dapat 2 tempat latihan praktikal, jadi aku dengan rasa yakin dan konfidennya atas arahan pensyarah aku menyerahkan salah satu daripadanya kepada rakan aku. Masa tu dia tak dapat lagi tempat latihan praktikal walaupun dateline hantar permohonan dah nak tamat? Sebenarnya ada pengalaman menarik sepanjang aku praktikal masatu. Nak tau?
Read the rest of this entry »
Filed Under (Sembang2) by KampungBoy on 17-05-2009
Pagi tadi, aku baru lepas balik kebun. Biasala…dah hujung minggu, inilah aktiviti yang aku buat. Nak fikirkan malas dan penatnya memang takkan bergeraknya aku. Haha…..Tu belum aku mengadu kat ayah aku lagi, cakap aku malas nak pergi. Mesti punya ayah aku buka balik kitab-kitab sejarah dan cerita lamanya tahun 50an dia dulu. Kisah bagaimana ayah aku banting padi, pikul air daripada perigi, menoreh dan macam-macam lagi. Aku sebagai anaknya memang paham. Hari ini macam biasa , tugasan yang dijanjikan adalah meracun kat satu kebun kepunyaan ayah aku. Ayah aku tanam getah kat kebun ini. Getah pun dah empat tahun dah usianya. Dalam 2-3 tahun lagi, bolehlah kutuai hasilnya. Erm…..fikir-fikir balik ayah aku pun yang dah tua, tapi masih bersemangat untuk pergi menjaga kebun-kebunnya. Aku yang muda dan masih bertenaga, jadi malu pun ada. Chewahh…..Suka tak suka redahkan aja.
Read the rest of this entry »