30
Bina Tagline Perniagaan Internet Anda
Kategori (Perniagaan Internet) Dikarang oleh KampungBoy Pada 30-03-2009
Kadang-kadang saya terfikir bagaimana seseorang individu seperti Mawi contohnya mampu mencapai ke tahap yang beliau kecapi pada hari ini dalam industri seni. Siapa sangka. Tapi, inilah realitinya Begitu juga, syarikat-syarikat franchais mampu bertahan walaupun servisnya ala kadar sahaja dan harga yang dikenakan boleh dikatakan mahal jugakla…setuju tak??? Bagi kedua-dua situasi yang berbeza ini, bagi pendapat sayala…..sebenarnya ada satu titik pertemuan dan persamaan, salah satu sebabnya adalah mereka ini berjaya membina tagline tersendiri yang seterusnya menjadi satu jenama kepada peminat mahupun pelanggan masing-masing. Sebenarnya, tagline atau trademark juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan Internet anda.
Cuba lihat contoh yang ada pada Mawi, apabila mula terlibat dalam industri seni ketika di Akademi Fantasia lagi(walaupun tak tengok AF, taula…sket2. Huhuhh) beliau ketengahkan satu tagline atau trademarknya tersendiri iaitu World. Ini sebenarnya satu branding ke atas diri Mawi untuk lebih dikenali dalam industri seni. Bila sebut Mawi, “Mawi World“. Sedikit sebanyak ianya membantu dan menjadi satu jenama yang tersendiri ke atas dirinya. Lagi satu perkataan itu sendiri iaitu tagline tersebut memberikan satu kelebihan kepadanya yang juga boleh kita katakan sebagai satu doa kejayaan kepada Mawi. World itu boleh dikatakan kemuncak ataupun puncak kejayaan. Mana taknya, cuba kita tukarkan tagline World kepada Apa-apa aja. Bunyi macam sedap bukan. Tapi jika kita selami makna perkataan disebaliknya, bererti jadilah Mawi apa-apa aja dalam kehidupan Mawi seterusnya, tanpa keinginan untuk berjaya. Sebaliknya perkataan World yang dipilih Mawi itu sendiri memberikan satu tonik semangat dan juga satu ucapan doa setiap kali peminat mengucapkan MawiWorld kepadanya
Manakala untuk perniagaan yang dijalankan oleh syarikat francais seperti Starbuck, minuman yang ditawarkan kadang-kadang tak masuk dek akal. Kadang-kadang, saya terfikir mengapa orang sanggup mengeluarkan harga yang mahal semata mahu melepaskan gian dan ngidam nak pekena satu cawan kopi di Starbuck. Mengapa orang sanggup mengeluarkan sehingga RM10 untuk secawan kopi pahit. Apalah bezanya meminum kopi Starbuck dengan meminum kopi di kedai mamak. Tetapi, orang masih dan terus akan meminum kopi di Starbuck. Jikalaupun Starbuck menaikkan harga kopinya sehingga RM15, saya yakin, tiada pengguna akan membuat aduan kepada persatuan pengguna. Itulah realitinya. Kalau hendak dihitung kos sebenar Starbuck, berapalah sangat. Mungkin daripada segi kos biji kopi diimport, ruang sewa kedai, gaji pekerja, dan lain-lain perkara. Begitu kisahnya jika anda meminum kopi di Starbuck.
Jika anda merupakan kaki KFC(tengok kaki sikit. Huhuhh) anda berasa frust tertonggeng ka, kalau harga hidangan Dinner Plate contohnya dinaikkan ke tangga harga sehingga RM15. Paling kurang mesti terasa sedikit, tapi saya yakin dan percaya selepas tempoh 2 minggu dinaikkan harganya pastinya orang kita akan mula melupakannya fdan akan mula mengunjungi semula KFC. Sebab apa jadi begitu? Mungkin terletak pada kualitinya, brandingnya dan juga tagline KFC iaitu “sehingga menjilat jari”. Astro pulak menggunakan tagline “Macam-macam Ada” menjadi satu penarik untuk melanggan perkhidmatannya, walaupun servisnya boleh dikatakan agak teruk dan harga yang dikenakan agak mahal juga. Sebabnya diorang tau, bubuhla…mahal macammanapun orang kita mesti melanggan juga.
Ya…begitu juga tagline atau pun trademark sememangnya penting jikalau anda terlibat dalam perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan internet yang memerlukan kita untuk membina kredibiliti masing-masing di pentas online ini. Saya ingat lagi bagaimana saudara Dilemma menggunakan tagline seperti “AC di Dimana??? AC di WC. Sempoi.” ketika beliau melancarkan Ebook Panduan Associated Content. Tagline, branding yang berjaya diketengahkan dalam perniagaan Internet boleh digunakan oleh pelanggan mahupun komuniti untuk untuk membantu secara percuma dan rela hati dalam pemasaran Internet tanpa sebarang paksaan ataupun diletakkan bom C4 di leher mereka. Ooops!!!
P/S : Percaya atau tidak, Engaland masih digilai ramai dan menjadi negara paling popular semasa Piala Duna berlangsung walaupun mereka kalau main pun takdala bagus sangat di piala dunia(walaupun saya fan England). Kerana mereka mempunyai ramai pemain yang mempunyai trademark, gaya dan branding tersendiri.
Menarik Untuk Dibaca :














loq is nerd…
sesuai ke tu?
loq´s Artikel Terkini..Ponti Anak Remaja di Astro Ria
[Reply]
betul3….(gaya upin)
tagline ni lebih kurang janama la kan kampungboy?
sy nmpak setakat ni yg dh ade jenama cuma flarebiz,saifulsham err kampungboy??
ngehehe…
milsum´s Artikel Terkini..Kek Paling Sedap!! Makan la….
[Reply]
Ko rasa, tagline yang sesuai untuk wanita emall aku tu, ape ek? hihi
[Reply]
Tag line yek…nak pilih tag line yang sesuai dengan blog atau produk yang kita promosikan mungkin mengambil sidikit masa lgi2 kalau tak kreatif…:-)
unactive´s Artikel Terkini..Domain CO.CC Tidak Lagi Percuma?
[Reply]
tagline aku.. Muhasabah Trading : Muslimah Clothing
samdaddycool´s Artikel Terkini..I am a millionaire by tomorrow
[Reply]
April 19th, 2009 at 10:10 pm
Wo…mesti aad kena mengena ngan busana ko tu ek??
tapi mmg
tagline tu mmg…ley carik makan
[Reply]
[...] pun menandatangani kontrak yang tertentu agar rahsia resepi KFC ini tidak bocor. Sedikit sebanyak tagline KFC sekurangnya membantu mereka salam strategi pemasaran selain keunikan resepi KFC itu [...]
… setakat ni, memang tu je tagline yang aku rasa aku nak kekalkan…
samdaddycool´s Artikel Terkini..Orchid for desktop wallpaper, and my batik painting
[Reply]
klu aku plak…FARAHAZNIL..laku ke??hi hi hi…
[Reply]