18
Buah Oh Buah
Kategori (Santai | Lawak) Dikarang oleh KampungBoy Pada 18-03-2009
Sejak akhir-akhir nie, streamyx yang aku gunakan sekarang mula meragam. Korang macam mana pulak???? Ok ke KO?? Huhuhh….Sebelum nie, kalau tengok entry pelanggan tegar CelcomBroadBand dah mula buat “usul tiada percaya” yang dilontar oleh diorang nie. Aku masih ingat lagi dulu, masa mula-mula CelcomBroadBand mula beroperasi dan dilancarkan. Ramai orang puji daripada segi kelajuan tahap gabannya. Tapi….itu dulu. Sekarang ini dah jadi kertas sejarah. Macam tu juga yang berlaku kat mamat Streamyx nie. Nak tak nak, hadapkan aja. Okeyla…..saja aku nak melepaskan tensen aku yang tak seberapa tuk diselitkan di artikel aku kali nie. Artikel aku kali nie, agak santai. Saja nak kasi korang layan blues. Nama tajuk artikel macam menarik, buah oh buah. Huhuhh…Yeke. Korang layan ajala…….
Tajuk artikel macam ada terkena tempias blog ngetop seperti blogohblog.com dan ohbulan.com. Belum lagi aku jumpa domain yang berbunyi seperti ini, “buahohbuah.com”. Kalau ada, macammanala gaya penulisan dan pengisian kat dalam blog tersebut. Sebut pasai buah, ada perumpamaan yang menarik untuk aku kongsikan di sini berkaitan beberapa jenis buah yang ada sangkut paut dengan perangai dan telatah manusia. Antaranya :
a) Jangan Suka Mendedah Tubuh”
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
b) Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
c) Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
d) Jaga Kesucian Dalam Bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
e) Selalu Bertindak Adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
f) Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
e) Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
P/S : Kalau korang yang kaki cangkul, hangkebun dan suka bertani, boleh gunakan nama blog korang seperti ini buah oh buah. Mana tau, korang dapat merasa penangannya nanti sama seperti yang saudara Bob dapat semasa berjaya menjual blognya sejumlah RM60,000.Woo…banyakkan. Renung-renungkan.lah Selamat beramal. Jangan lupa bagi komisen untuk idea nie. Hoho….
PP/S : Aku tau..korang nie memang banyak idea nak tambah daripada segi senarai perumpamaan yang mana boleh dikongsikan di sini.
Tiada Artikel yang Berkaitan














ehm. mungkin. tapi aku tak nampak market lagi untuk blog tu.
eyesolution´s Artikel Terkini..How to buy Eye Candy online?
[Reply]
March 18th, 2009 at 6:04 pm
Saya saja katakan begitu. Tuk permulaan jangan pikir keuntungan semata…kalau kita minat n ikhlas dengan sesuatu..pasti aa ruang tuk berjaya. Mcm diorang nie yang dok bwat flipping, diorang sngka ker, boleh terjual site meraka smpai nilai cmtu….Huhuhh…rezeki diorang.
[Reply]
Dah macam orang tua saja bunyinya…tapi perumpamaan itu memang boleh dibuat teladan…
unactive´s Artikel Terkini..Ada Apa Di Gunung Kinabalu?
[Reply]
March 18th, 2009 at 6:05 pm
Yaya…orang tua bwat nie pun berdasarkan pengalaman n pemerhatian diorang
[Reply]
Terus terang, aku tak suke perumpamaan. haha.
*KampungBoy, link feedburner ko rosak. kes feedburner transfer ke google ari tu kot.
Fatin Pauzi´s Artikel Terkini..Kenapa Perempuan Tidak Elok Jalan Terkangkang?
[Reply]
March 18th, 2009 at 6:06 pm
Owh…yeke. Nanti sy semak.
[Reply]
Bila dah berumahtangga ikut lah resmi pohon pisang.Baru rumahtangga bahagia sepanjang hayat.
rbc´s Artikel Terkini..Cari Keyword Yang Menjual
[Reply]
March 18th, 2009 at 6:07 pm
Itulah yang sebaiknya….
[Reply]
perumpamaan buah…. kali pertama aku dengar
[Reply]
March 19th, 2009 at 6:35 pm
Aq pun dah lama tinggalkan bab2 metafora nie….dulu zmn2 komsas. Sakang nei sj nak perangat balik..Huhuhh
[Reply]
enam poh hibu hinggitt tewww.. fuyoohhh
[Reply]
March 19th, 2009 at 6:38 pm
Yaya…memang banyak.Kengkadang bnda nie kita xexpect pn….itulah nmnya rezeki n tuah.
[Reply]
Memang aku ada gak berangan jadi macm bob tu.. tak pun mcm rohaizad jual domain..
p/s - dream high.. aim high
samdaddycool´s Artikel Terkini..Bloggers POYO?
[Reply]
March 19th, 2009 at 6:40 pm
Yaya…boleh aja…kalau kita dah set nak achieve tahap cmtu. Pokok pangkalnya FOKUS. Biasala tu…..nak cepat n then putus asa. Lastly sekerat jalan aja..
[Reply]
salam bro,
Apa pun, jika difikirkan keuntungan semata…
Apa pun, keuntungan pasti akan dtg jua,…
ijamidayu´s Artikel Terkini..Rahsia Di Sebalik “The Secret”
[Reply]
March 19th, 2009 at 6:43 pm
ya…ditambah pulak usaha yang berterusan…biasalakan mula2 aja kena keja keras. api bila smpai tahap cmtu, kita pasti rs puas ati punya. Tapi tula…jikalau sentiasa berusaha, pasti ada ruang tuk berjaya
[Reply]
dah ada org register ke buahohbuah.com
hehehe… nak jugak jadi macam bob
budeen´s Artikel Terkini..Virus Attack!
[Reply]
March 19th, 2009 at 7:18 pm
Belom lagi, elok gak ko start dulu. Boleh r aku dapat komisen sket pas ko berjaya nnt…syaratnya, mst kaki cangkul, hangkebun, mnat!!!!! Amcm?? Huhuhh
[Reply]
buahohbuah..sedapnya mkn ko buah..hari2 pun kena makan buah barulah sihat tubuh badan..kekekek..erm ada gak erk perumpaan buah. buat aku nak buah jerk huh..
catzer´s Artikel Terkini..Plugin Wordpress Intense Debate
[Reply]
March 21st, 2009 at 7:33 am
Haha….mmg sedap. Wah…dah smpai tahap ngidam, ada tanda tu.
[Reply]
ehm. bagi aku, aku still fikirkan tentang keuntungan. Kepuasan dari keuntungan yang kita dapat. Itu penting sebagai motivasi untuk terus buat site atau domain yg kita fikirkan tu berjaya..
Jika tak fikir keuntungan. Korang akan lihat 1 juta ngomelan dan bebelan orang yg tak berjaya dalam pelbagai bidang atau tak berjaya buat duit bila bermula dipertengahan jalan..dan tak kurang juga yang saling menyalahkan antara satu sama lain..
Kene fikir dari mula. Macam bob. Mesti sebesar kuman dia akan fikir pasal keuntungan. Tipulah kalau tak pernah masa proses permulaan dulu atau masa beli domain dulu..
Jika tak fikirkan keuntungan. Korang akan lihat keputusan yang korang dah jangka. Aku sendiri ada domain yang aku dah beli sejak 2 tahun lepas. Tapi aku takde keinginan nak majukan kerana aku tak fikirkan keuntungan sejak awal lagi. nama domain pun pelik. Jadi terbengkalai walaupun aku masih renew setiap tahun. Kang tak renew, ada je makhluk yg nak merampas..
Tapi aku tak nafikan, ramai orang yg tak kisah sangat pasal keuntungan. Macam ko kata, definisi setiap orang berbeza..hehe..
Ps: Banyak plak aku merepek..
[Reply]
March 21st, 2009 at 7:39 am
Bukan merepak, dah lama xmai sini…Huhuhh. Mesti aad banyak yang nak ko kongsikan. Ya…..betultu, sekurang2nya dengan kita setkan keuntungan pada peingkat awl dengan kerja yang kita bwat dengan penuh mnat, pastikan akan memotivasikan untuk buat yang lebih baek…
[Reply]
[...] macam menarik pulak. Tapi belum lagi boleh mencapai kehebatan Oh Bulan, Oh Artis, Blog Oh Blog, Buah Oh Buah tak pun Oh Ibu. Yaya…..mesti ramai yang angkat kaki bila aku bubuh tajuk killer seperti MLM [...]