29
Layanlah Drama Best Cinta Gila
Kategori (Santai | Lawak) Dikarang oleh KampungBoy Pada 29-06-2009
Orang dok sibuk pasai artikel berkenaan dengan Micheal Jackson, saya pulak sibuk buat entri pasal satu Drama Best Cinta Gila yang saya baru layan. Kalau rumours yang dikatakan betul, moga-moga Micheal Jackson yang dikatakan telah memeluk Islam dengan nama Mikaeel mendapat tempat sisi dalam golongan orang-orang yang mukminin. Amin. Okey….berbalik pada artikel asal. Best sangat ker, KampungBoy??? Kalau kata saya, boleh tahan jugakla, bantai gelak aja. Memang sempoi habis cerita ini. Daripada telatah Pak Mahmud Twist, Si Malek, Arynna, Tina, Faizal dan Aishah Cucuk Sanggul. Yang len-len tu sebagai pelengkap cerita aja. Pak tenggek la katakan . Haha….
Tajuk Drama Best ini “Cinta Gila”. Cerita ini ditayangkan dekat Astro Prima. Almaklum r, rumah takdek Astro. Saya sendiri pun tak haus nak pasang Astro. Haha…caj cekik darah. Tapi testimoni daripada pengguna-pengguna tegar Astro ramai yang komplen, perkhidmatan dan servis setanding dengan harga tinggi yang perlu dibayar. Tapi nak buat macammana dah diorang monopoli. Untuk saya pulak, tengok dekat Internet sudah. Haha :) .
Saya start tengok cerita ini hari Jumaat lepas. kebetulan pulak anak-nak buah saya balik. Diorang pun dok join sekali. Makin gamat jadiknya. Saya yang cadang nak tengok sekali sekala sebab ada yang nak siapkan kerja-kerja perniagaan Internet saya tergendala disebabkan diorang dok layan drama best nie sampai tah keberapa episod. Hai…anak buah punya pasal. Layankan aja. Actually, bukan kerja saya nak tulis sinopsis tentang Drama Best Cinta Gila nie. Korang layan sendiri, karang tak suspen pulak kan. Korang taip aja kat Youtube, keyword Cinta Gila, nanti keluarla senarai episod untuk Drama Best “Cinta Gila“ nie. Tapi apa yang boleh saya katakan Drama Best Cinta Gila nie terbaeek. Tak tau pulak apa pendapat korang???
P/S : Al-Fatihah, kepada Allahyarham Pak Syukry Hashim. Lakonannya dalam Cinta Gila yang buat drama best ini lain daripada yang lain. Layanlah.

Menarik Untuk Dibaca :














salam kenal, wow blognya sangat keren dan informasi sangat hebat. bolehkah saya bertanya itu 3 ebook gratis semuanya?
[Reply]
July 1st, 2009 at 10:43 am
u boleh klik pada imej tersebut
dan download secara percuma sahaja
tak payah bayar pun
[Reply]