Jangan Lupa Download ebook "Teknik Pemasaran Blog" secara PERCUMA
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama….

Kategori (Sembang2) Dikarang oleh KampungBoy Pada 17-05-2009

 Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama....Pagi tadi, aku baru lepas balik kebun. Biasala…dah hujung minggu, inilah aktiviti yang aku buat. Nak fikirkan malas dan penatnya memang takkan bergeraknya aku. Haha…..Tu belum aku mengadu kat ayah aku lagi, cakap aku malas nak pergi. Mesti punya ayah aku  buka balik kitab-kitab sejarah dan cerita lamanya tahun 50an dia dulu.  Kisah  bagaimana ayah aku banting padi, pikul air daripada perigi, menoreh dan macam-macam lagi. Aku sebagai anaknya memang paham. Hari ini macam biasa , tugasan yang dijanjikan adalah meracun kat satu kebun kepunyaan ayah aku. Ayah aku tanam getah kat kebun ini. Getah pun dah empat tahun dah usianya.  Dalam 2-3 tahun lagi, bolehlah kutuai hasilnya. Erm…..fikir-fikir balik ayah aku pun yang dah tua, tapi masih bersemangat untuk pergi menjaga kebun-kebunnya.  Aku yang muda dan masih bertenaga, jadi malu pun ada. Chewahh…..Suka tak suka redahkan aja.

 Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama....Sampai saja kat kawasan kebun tadi, berbulu aja aku tengok. Kadang-kadang merungut juga aku, cepat pulak semak balik kebun ni. Rasa macam baru semalam 2 minggu lepas aja aku meracun. Sekarang ini, dengan rasa konfiden dan megahnya semak dan lalang nie mencanak naik bak peluru berpandu. Merasa jelek aku melihatnya.  Haha….Tunggu masa sahaja semak ini layu menyembah bumi. Siap ko!!! Aku kasi zaSss sekali. Sebenarnya kalau difikirkan secara positif, kerja-kerja macam ini ada bagusnya. Kita pun akan dapat pengalaman sendiri merasanya. Sampai aku ingat dulu, macam tidak percaya pun ada. Bagaimana aku boleh mintak sendiri dengan ayah aku nak belajar menoreh. Sekali dah merasa menoreh….amik ko. Menoreh pulak kat kawasan paya. Adala….dalam 2 ekar luasnya. Bunyi macam susah kan? Tapi memang pun susah. Dan seperti yang dijangka…..aku jadikan body getah yang masih dara torehan dan cun-melecun lagitu menjadi bahan eksperimen aku. Calar-balar batang pokok getahtu aku buat. Haha….tu semuanya pengalaman. Sekali cuba baru tahu….Ayah aku pun geleng kepala…….

 Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama....Sebelum balik tadi….sempat jugak aku singgah kat satu kawasan tanah kepunyaan mak aku. Ha…nie pun satu lagi cantik juga tanahnyanya. Kawasan tanah bukit. Tapi sayang, baru 2 bulan lepas aku bersusah payah menanam anak pokok getah dengan ayah aku. Sesuka ati lembu-lembu nie men redah aja. Sebahagan besar anak pokok getah yang aku tanam, habis rosak. Kalau aku dapat lembu-lembu tu buat depan mata aku, memang aku potong bikin sate. Haha….dengan pengembala lembu sekali, aku libas dengan cangkul Lembu betul. Hai…..kadang-kadang susah cakap dengan orang kampung nie. Jenis telinga kuali. Bila kita cakap, dia buat sardin aja. Mcam lembu-lembutu bukan dia yang punya. Bukan tanah mak aku sorang aja yang dah jadik mangsa. Ramai lagi orang kampungBoy punya tanah yang dah kena dengan lembu-lembu pengembala X nie. Harga getah bukan boleh bayar pakai air liur aja. Sebatang anak pokok getah mau makan harga RM3.50. Ha…dah macam 1 USD punya nilai kan? Kalau aku mintak ganti rugi bayar guna Paypal, lagi ternganga  wak nie nak jawab. Hai…macam-macam.

P/S : Hari ini aku balik lambat sikit. mau taknya, dengar cerita Pak Ngah yang kebetulan aku jumpa kat kebun. Sedar-sedar aku berdiri hampir 2 jam dengar cerita dia. Daripada cerita pasai kebun aku sampaila…ke kisah Perang Teluk. Jauh menyimpang kan? Haha……

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Cemas!! Seharian Aku Di Kebun…
  2. Kisah Orang-orang Yang Positif



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

18 Komen Bernas :> “Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama….”


  1. MyAvatars 0.2

    menarik betul citer bro nie….tak ramai yang dapat merasa hidup kat kampung lagi skang nie…

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Tapi sehebat bila…aku duduk kawasan tempat tinggal lam aku. Kawasan kampung. Lagi enjoy…..xkan sama life bila kawasan bndar….

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    salam.. best cerita nie.. pertama kali hanc baca tajuk ingat sama ngan cerite hanc yang belum sempat hanc coretkan kat blog hanc rupenye x sama huuhuhu.. best kan duk kampung.. ^.^ nice to meet you…

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Mmg best….seronok kat town
    dengan seronok dengan kat kg
    xkan sama

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    kecik2 dulu selalu msk kbun getah kutip biji getah..

    maen laga biji getah.hee

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Haha….jangan start cite zaman muda2 dulu
    xkan habesnya
    bro bikin memory aja

    [Reply]


  4. MyAvatars 0.2

    huu.. rindu feel kampung gtu. dlu mse zaman nakal2, abes 2 batang pokok getah rosak. toreh mcm cakar ayam. nenek x mrh. tegur baik je. dlu baik hepi je. skrg da bsr. jd renggang. sedih~

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Ala….masih aad ms ubey nak perbetulkan keadaan
    ilang ego+positif…semuanya ley jalan sekali
    xde masalah tu semua

    [Reply]


  5. MyAvatars 0.2

    Salam.

    Wah..bila baca jek posting ni, terus teringat kampung. Saya ni anak peneroka felda. kecik2 dulu mmg lasak lah masuk kebun,turun paya..budak2 lah katakan.
    tu sebab bila anak2 saya nak main pasir/tanah, saya biarkan jek..
    selalu kena tegus ngn wife pasal biar anak main kotor..

    sesekali, bebudak pon nak merasa jugak main tanah..kan?

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Haha…kadang2 kanak2 nie perlu diberikan sedikit kebebasan idup dalam dunia diorang jgn terlampau menyekat supaya minda diorang berkembang….tapi bukannya bermaksud bagi kebebasan mutlak

    [Reply]


  6. MyAvatars 0.2

    tapi memg betullah, crite bab kampung ni memang x habis. banyak sesangat aktiviti, suka dan duka.

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Haha…pa lagi katahill
    jom balik kampung

    [Reply]


  7. MyAvatars 0.2

    wah.. memang bestla berkebun ni. rindu pulak la nak berkebun. hehe.

    sebelum start sembang dengan org tua, kena plan dulu endingnya.. memang susah sikit nak jumpa finishing linenya.. hehe

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    nak sgt ker berkebun bro…
    aku ada cangkul + pongkes lebih nie
    kalau nak…pucuk dicita ulam mendatang
    huhuhhh

    [Reply]


  8. MyAvatars 0.2

    ko bela la lembu dalam kebun getah ko.. takde la lelah nak meracun. Pastu cukup masa, lembu ko jual.. tak pun 9 bulan, dapat anak lembu, boleh jual baka…

    [Reply]


  9. MyAvatars 0.2

    The students have an opportunity order the written essays or buy an essay at the custom writing services about this good topic.

    [Reply]


  10. MyAvatars 0.2

    Some people would like to find the thesis title referring to this good topic. When they know about your superior fact, they would believably purchase the dissertation.

    [Reply]


  11. MyAvatars 0.2

    It requires a long time to learn the writing skills. But under some circumstances, different guys have no time. If you really want to save your time and money and have the supreme quality paper writing, you should opt for the modern research papers writing service and buy term papers online there. After that, your academic success is gained.

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita