Jangan Lupa Download ebook "Teknik Pemasaran Blog" secara PERCUMA
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?

Kategori (Sembang2) Dikarang oleh KampungBoy Pada 31-08-2009

 Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?Hari ini tanggal 31 Ogos 2009, negara kita sekali lagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52. Dikesempatan ini, KampungBoy yang mewakili seluruh blogger di pelusuk kampungboy kampung untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-52. Sebenarnya kalau anda nak tahu, kalau saya nak tengok wacana, baik forum mahupun debat. Saya agak memilih jugak. Kalau tak buat sakit telinga aja dengar, balik-balik “lagu yang sama”. Ehem-ehem. Wacana yang bagus, ialah wacana yang  bebas untuk kita mendengar satu pendapat yang bernas, dan diberikan ruang untuk  ahli panel mengutarakan pendapat ikhlas tanpa  menyebelahi mana-mana fahaman politik seterusnya membolehkan para pendengar berfikir dan menilainya dengan baik. Akhirnya tempoh hari kalau tak silap saya,  semasa membuka siaran televisyen, saya tewas juga mendengar satu forum yang dikendalikan oleh saudara Syed Munawar anjuran TV1. Saya lebih tertarik dengan kelibat ahli panel yang  membincangkan isu berkaitan erti disebalik kemerdekaan sebenar di negara. Apa yang menariknya……

Ini kerana pada pandangan saya selain diadakan perarakan bagi menyambut Hari Kebangsaan adalah perlu juga sambutan Hari Kebangsaan itu sendiri diisikan dengan program-program wacana seperti forum, perdebatan yang memanggil bekas-bekas pejuang mahupun tokoh yang berpengalaman luas dalam membincangkan sejarah yang berlaku di negara supaya kita semua sebagai rakyat Malaysia dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi perjalanan dan erti sebuah kemerdekaan negara.  Bagi saya sendiri, penghayatan sejarah itu sendiri tidak cukup dengan pembacaan buku-buku teks semata dan kemudiannya disogokkan dengan peperiksaan.

merdeka2 Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?Kerana seingat saya semasa di sekolah, kita hanya disuapkan fakta-fakta sejarah yang telah dibukukan siap-siap tanpa memberikan ruang kepada para pelajar berfikir lebih daripada apa yang berada dalam buku.  Sebagai contoh, saya cukup bersetuju dengan salah seorang ahli panel muda tapi mempunyai beberapa pandangan yang cukup bernas,  mempersoalkan  buku teks dimomokkan dengan perjuangan kemerdekaan kita ini hanya diperjuangkan oleh beberapa tokoh semata, sedangkan kemerdekaan itu sendiri adalah berjuangan “bersama’ beberapa pertubuhan dan kejayaan hasil golongan rakyat itu sendiri. Selain itu, format peperiksaan jikalau dalam bentuk objektif itu sendiri ia hanya memberikan beberapa pilihan yang terhad untuk pelajar untuk memilih. Dan seorang ahli panel yang juga seorang guru dari utara tanahair, mencadangkan adalah lebih baik format kertas peperiksaan itu sendiri dijawab dalam bentuk subjektif dengan harapan pelajar pada hari ini perlu diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk mereka berfikir lebih daripada bahan yang telah disediakan. Pelajar pada hari ini semakin cerdik.

 Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?Setuju atau tidak, terus terang saya katakan, buku teks yang ada pada hari ini tidak menarik untuk dibaca.  Bukan niat saya untuk berlagak, walaupun buku Teks Sejarah tidak pernah habis baca(khatam) tetapi saya mampu mendapat GRED A dalam SPM. Adakah ini ukuran yang mampu menilai seseorang pelajar berjaya memahami seterusnya menghayati sejarah negara? Saya sendiri pun, kesedaran mengenai sejarah  datang dengan sendirinya pada masa sekarang ini.  Dan saya juga adalah antara ribuan pelajar lain yang terhasil daripada satu sistem pendidikan yang lebih kepada bentuk peperiksaan semata-mata. Anda pula? Sepatutnya pihak berwajib, yang inginkan rakyat belajar lebih mendalam erti sejarah negara, perlu melihat kembali sistem pendidikan di negara kita.  Suka ataupun tidak, pembentukan masyarakat di sesebuah negara terhasil daripada satu sistem pendidikan yang terbaik. Bagi saya sendiri matapelajaran Sejarah itu sendiri perlu diwajibkan bukan hanya menekan Matapelajaran seperti Matemaik dan Sains semata. Tetapi kepentingan matapelajaran Sejarah juga perlu diambil kira.

P/S : Meremang juga bulu roma apabila mendengar detik-detik kemerdekaan dan laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang Pertama. Kalau yang dapat melihat secara terus dari Stadium Merdeka lagila……kan. Satu kepuasan yang sangat ternilai.

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Haram Ucap Hari Natal ?



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

5 Komen Bernas :> “Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?”


  1. MyAvatars 0.2

    lawat dan senyum…

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    sistem pendidikan negara dipengaruhi barat. sampai kadang2 “menutup” kehebatan orang di negara kita~ :merajuk

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    yang jelasnya, sistem kita masih terperap dengan berlandas kepada peperiksaan semata :merajuk

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    Salam merdeka bro,
    sekarang kena banyak berjimat pasal harga minyak dah naik :senyumkambing

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Ya…semunaya kena “ikat”sekarang ini
    daripada perot sampaila…ke tank minyak
    :berangan

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita