Jom BerTwitter!! >> I Will Follow You..... <<
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Haram Ucap Hari Natal ?

Kategori (Sembang2) Dikarang oleh KampungBoy Pada 25-12-2008

krismas Haram Ucap Hari Natal ?Hari ini adalah Hari Kristmas bagi orang-orang Kristian. Jadi ramailah yang ringan mulut nak menunjukkan keakraban dan kemesraan di antara rakan-rakan yang beragama Kristian dengan mengucapkan ‘Selamat Hari Natal’. Jikalau korang dah berbuat demikian, ada baiknya teliti artikel aku kali ini. Yang belum lagi atau yang dah berniat nak berbuat demikian ada baiknya menghentikan sahaja. Ini kerana perbuatan seperti ini hanya budaya rakyat Malaysia terutamanya, yang terkenal kaya dengan budaya, agama dan pelbagai bangsanya. Ini kerana budaya yang tidak berlandaskan agama jika tidak diperhalusi dengan betul dan sedalam-dalamnya boleh membawa kesan kepada tahap akidah umat Islam.

Isu ini sedang heboh diperkatakan dan selepas saya membaca satu artikel yang mengatakan perbuatan menyampai ucapan “Selamat Hari Natal” kepada penganut agama Kristian adalah haram. Betul ker KampungBoy?? Tidak pernah dengar pun sebelum ini. Jadi ada baiknya perkara ini diperbincangkan, agar kita yang beragama Islam terutamanya mendapat menfaat dan ilmu supaya sentiasa berada dalam landasan agama Islam yang diredai Allah S.W.T.

Saya telah terbaca satu artikel yang mengatakan seorang bekas biarawati kristian yang masuk agama Islam memberitahu dalam ceramahnya, haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina
(WALLAHUALAM). Happy Deepavali, Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM). Manakala Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ…bermaksud dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus

(NAUZUBILLAH). Tanpa disedari dengan perkataan sahaja kita boleh merosakkan akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan fatwa Ulama bekenaan Ucapan “Selamat Hari Natal” seperti Syeikh Ibnu Utsaimin (Anggota Hai’ah Kibaril Ulama’ (Majlis Ulama Besar Kerajaan Saudi Arabia) yang apabila ditanya tentang hukum mengucapkan selamat natal kepada orang kafir. Bagaimana kesan kepada kita yang menjawab orang yang mengucapkan natal kepada kita? Apakah boleh mendatangi tempat-tempat yang menyambut perayaan ini? Apakah seseorang berdosa jika melakukan salah satu hal tadi tanpa disengaja?

Beliau menjawab dengan mengatakan, “Mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir dengan ucapan selamat natal atau ucapan-ucapan lainnya yang berkaitan dengan perayaan agama mereka hukumnya haram, hukum ini telah disepakati. Sebagaimana kutipan dari Ibnul Qayyim -rohimahullah- dalam bukunya Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, yang mana beliau menyebutkan, ucapan selamat terhadap simbol-simbol kekufuran secara khusus, disepakati hukumnya haram. Misalnya, mengucapkan selamat atas hari raya atau puasa mereka dengan mengatakan, ‘Hari yang diberkati bagimu’ atau ‘Selamat merayakan hari raya ini’ dan sebagainya. Yang demikian ini, walaupuni si pengucapnya terlepas daripada kekufuran, tetai perbuatan ini termasuk yang diharamkan, iaitu setara dengan ucapan selamat atas sujudnya terhadap salib, bahkan dosanya lebih besar di sisi Allah dan kemurkaan Allah lebih besar daripada ucapan selamat terhadap peminum khamr, pembunuh, pezina atau lainnya, karena banyak orang yang tidak mantap agamanya terjerumus dalam hal ini dan tidak mengetahui keburukan perbuatannya.

Barangsiapa mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena kemaksiatan, bid’ah atau kekufuran, berarti ia telah mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah.’

Haramnya mengucapkan selamat kepada kaum kuffar sehubungan dengan hari raya agama mereka, sebagaimana dipaparkan oleh Ibnul Qayyim, karena dalam hal ini terkandung pengakuan terhadap simbol-simbol kekufuran dan rela terhadap hal itu pada mereka walaupun tidak rela hal itu pada dirinya sendiri. Seorang muslim diharamkan untuk rela terhadap simbol-simbol kekufuran atau mengucapkan selamat terhadap simbol-simbol tersebut atau lainnya kerana Allah tidak meredhainya, sebagaimana firmanNya, “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.” (Az-Zumar: 7).

Dalam ayat lain disebutkan, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu.” (Al-Ma’idah: 3).

krismas Haram Ucap Hari Natal ?Maka, mengucapkan selamat kepada mereka hukumnya haram. Jika mereka mengucapkan selamat hari raya mereka kepada kita, hendaknya kita tidak menjawabnya kerana itu bukan hari raya kita. Bahkan hari raya itu tidak diredhai Allah, kerana ia merupakan merupakan bid’ah atau memang ditetapkan dalam agama mereka. Namun sesungguhnya ia telah dihapus dengan datangnya agama Islam, iaitu ketika Allah mengutus Nabi Muhammad S.A.W untuk semua makhluk. Allah telah berfirman, “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85).

Haram hukumnya seorang muslim membalas ucapan selamat dari mereka, kerana ini lebih besar dari mengucapkan selamat kepada mereka dan bererti ikut serta dalam perayaan mereka. Juga diharamkan bagi kaum muslimin untuk menyamai kaum kafir dengan mengadakan pesta-pesta dalam perayaan tersebut atau saling bertukar hadiah, membagikan gula-gula, piring berisi makanan, melibatkan diri dalam kerja dan sebagainya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.”[1] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam bukunya Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim menyebutkan, “Menyerupai mereka dalam sebagian hari raya mereka menyebabkan kesenangan pada hati mereka, padahal yang sebenarnya mereka dalam kebatilan, bahkan bisa jadi memberi makan pada mereka dalam kesempatan itu dan menaklukkan kaum lemah.”

Barangsiapa melakukan di antara hal-hal seperti di atas ini, maka ia berdosa. Samada baik ia melakukannya sekadar tanda keakraban, kerana mencintai, karana malu atau sebab lainnya, ini merupakan pesongan terhadap agama Allah dan boleh menyebabkan kuatnya jiwa kaum kafir dan berbangganya mereka dengan agama mereka. Hanya kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum muslimin dengan agama mereka, menganugerahi mereka keteguhan dan memenangkan mereka terhadap para musuh. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

Rujukan : Al-Majmu’ Ats-Tsamin, Syaikh Ibnu Utsaimin, juz 3.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 2, penerbit Darul Haq.

P/S : Kepada mana-mana individu yang telah terbaca artikel ini diharap dapat menyebarkan kepada rakan-rakan seIslam kita yang lain terumanya kepada jiran-jiran blogger aku untuk post artikel seperti ini di blog korang.. Insyallah. Amin.

PP/S : Sesiapa ada pandangan boleh hantarka komen dan pandangan bernas anda di ruangan komen yang disediakan ini.

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Jom Ucap Selamat Hari Ibu
  2. Cara Terbaik Kita Menyambut Hari Kebangsaan?



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

13 Komen Bernas :> “Haram Ucap Hari Natal ?”


  1. MyAvatars 0.2

    erk…baru aku tahu…tapi aku memang xpernah ucap pun, sebab aku xde mmbe kristian…

    spatt´s Artikel Terkini..Kuasa Research…

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    aku pun baru tau… aku baca kat nogold kalau tak silap…

    kasimo | Blog Buat Duit´s Artikel Terkini..Kelebihan Membina Blog

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    kalo cakap dalam melayu, yakni Hari Natal takpe kan?

    aman´s Artikel Terkini..Street Fighter Kembali Selepas 9 Tahun

    [Reply]


  4. MyAvatars 0.2

    dapat gak email ni kat friendster. jadi, abaikan je hari-hari sebegini..

    adsense alternative´s Artikel Terkini..Did you have Twitter? Lets Make Money with Twittad!

    [Reply]


  5. MyAvatars 0.2

    thanks for the info bro..well done..sib baik aku tak terlepas wish lagi..

    [Reply]


  6. MyAvatars 0.2

    spatt >> sml kita. Aq pas dah tau, terpanggil gak nak kongsi ngan korang.

    Kasimo >> Sebarkan kasimo!!

    aman >> ada baiknya ko mntk pendapat orang yang lebih fasih psai agama…atau sp yg boleh bg jawpn. Cuma pendapat aq elakkan mengucapkan selamat…….yg bererti kita sebenarnya mendoakan agama mereka…

    adsense >> ya itu yg sebaiknya.

    shamxo >> dulu mgkin ya aq mgaku penah ucap, tp slps dah tau, xmungkin terlepas pndang lagi.

    [Reply]


  7. MyAvatars 0.2

    pernah gak dulu ustaz sy bg tau..pas-pas tu mmg wat tak tau jerk la kalau ada perayaan agama lain..trima kasih mengingatkan sy kembali..

    aleh49´s Artikel Terkini..stylo:fabio Sasso

    [Reply]


  8. MyAvatars 0.2

    sekarang aku paham kenapa dia haram kerana maksudnya merry chrismas itu sendiri…

    mazuki selangor2u´s Artikel Terkini..Blog Bertuah Layak Mendapat Ganjaran

    [Reply]


  9. MyAvatars 0.2

    Pandai sunggoh sek2 kristian ni ek..Halus je cara dakwoh die..hurm..

    [Reply]


  10. MyAvatars 0.2

    aleh49 >> Dah mmg kita semua untuk ingat sesama Islam terutamnya. Skang nie giliran aleh tuk sebarkannya

    Mazuki >> Ya…mazuki yang sebenarnya kita telah mendoakan untuk mereka…

    Syringa >> Kadang2 kita terlepas pndang bnda yang nmpak kecil tp sebenarnya blh nake impact yg besar.

    [Reply]


  11. MyAvatars 0.2

    Betul tu sebab tu la, kene ada banyak pengetahuan agama. Macam orang alim ulama’ cakap, “Biar aku jahil ilmu dunia, jangan jahil ilmu agama.”

    syringa28´s Artikel Terkini..Merokok Punca Berdengkur???

    [Reply]


  12. MyAvatars 0.2

    betul ke haram. ada bukti ke. dulu pasal fadilat bulan ramadan , jakim kata tak ada hadis pasal tu. ni tetiba ada hadis baru lak. sedara mara aku ramai christian, so mmg tak boleh ucap ke.ibu aku pun christian.

    [Reply]


  13. MyAvatars 0.2

    apa plak haram! buat urg islam mcm sombong je. kalau ringan2 mulut nak cakap tak salah lah. as long as bukan niat dlm hati nak mengagungkan jesus.

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita