Gempar!!! Timbunan "Emas" Berjaya Dijumpai Di Sini
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Harapan Baru Dunia Islam

Kategori (Informasi Terkini) Dikarang oleh KampungBoy Pada 19-06-2009

 Harapan Baru Dunia IslamDalam keadaan sekarang individu yang boleh dikatakan popular tentunya, Mahmoud Ahmadinejad yang baru diangkat menjadi Perdana Menteri Iran untuk penggal seterusnya untuk tempoh 4 tahun akan datang. Saya sendiri pun gembira bila mendengar berita kemenangan  Mahmoud Ahmadinejad. Saya menyifatkan Perdana Menteri Iran ini merupakan harapan baru dunia Islam. Korang setuju tak? Yang pastinya, Amerika bersama  Israel cukup berbulu aja bila dapat tahu Mahmoud Ahmadinejad diangkat rakyat menjadi Perdana Menteri Iran bukan sikit majoriti, 65 peratus tu. Melalui ketegasan Mahmoud Ahmadinejad sebelum ini, Iran sering bercanggah pendapat dengan Barat terhadap Israel dan ikrarnya meneruskan program nuklearnya walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di samping beliau sendiri menafikan terhadap dakwaan bahawa Teheran membina bom atom. Ha…..panas punggung korang(Israel).

 Harapan Baru Dunia IslamTapi tula, keamanan Mahmoud Ahmadinejad telah tercemar dengan insiden kononnya dakwaan daripada pencabar utamanya, Mirhossein Mousavi yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Iran berlakunya ‘memanipulasi undi rakyat’ untuk memastikan Ahmadinejad. Hai….macam-macam. Lepas tu, media barat yang nampak kekusutan dan keributan perjalanan pilihanraya di Iran mulalah bikin kacau dengan melancarkan perang saraf  menabur fitnah dan keraguan di kalangan masyarakat antarabangsa mengenai ketulusan pilihan raya tersebut. Sebagai contohnya, Bill Schneider, penganalisis politik kanan CNN dalam liputannya menyoal kesahihan kerajaan Iran! Walaupun mungkin terdapat beberapa penipuan semasa proses pilihan raya, tetapi media Barat tidak berhak mempertikaikan kesahihan keseluruhan kerajaan Iran. Bagaimanakah jika kita pula mempertikaikan keseluruhan kabinet dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden Barack Obama! Renung-renungkanlah. Kalau dulu diorang tak iktiraf kemenangan Hamas terhadap Fatah. Perkara yang kecil diperbesar-besarkan asalkan kemenangan Mahmoud Ahmadinejad tidak diterima rakyat. Itu sahaja impian mereka.

 Harapan Baru Dunia IslamDr Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun beliau bermahzab syiah, namun keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Negara kaya, merupakan antara negeara pengeluar minyak dunia tapi kehidupannya cukup serdahana.  Agak sukar sekarang ini nak dapat karakter pemimpin Islam yang seperti beliau. Mari sama-sama kita ikuti bagimana beliau menguruskan harta negaranya dan perjalanan kehidupannya semasa bergelar menjadi Perdana Menteri Iran.

  1. Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa. Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.
  2. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.  Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan. Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.
  3. Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.
  4. Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.
  5. Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.
  6. Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.
  7. Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.
  8. Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.
  9. Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.
  10. Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.
  11. Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

 Harapan Baru Dunia IslamP/S : Seorang lagi Pemimpin Islam yang saya kagumi iaitu Mr. Tayyip Erdogan. Perdana Menteri Turki yang membuat kejutan apabila menunujukkan protes  dengan keluar dewan terhadap kenyataan yang tidak berperikemanusiaan semasa berdebat dengan Perdana Menteri Israel, Shimon Peres di World Economic Forum in Davos. Jikalau kekuatan yang ada di antara Perdana Menteri Iran dengan Perdana Menteri Turki digabungkan pastinya ada satu Harapan Baru Dunia Islam untuk menjadi lebih kuat seperti kerajaan Bani Umayyah dan Kerajaan Abbasiah dulu.

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Presiden Baru Amerika Syarikat, Satu Harapan atau Fantasi ?
  2. “Dia” Baru Meninggal Dunia, Apa Persediaan Kita?



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

11 Komen Bernas :> “Harapan Baru Dunia Islam”


  1. MyAvatars 0.2

    erm…apepon jgn terlalu mengangkat beliau.bknnya ape,krn dia adlh dr puak syiah…dan jikalau die memenangi dan menguasai seluruh dunia sekalipon, kemungkinan besar golongan sunnah pasti akan dihapuskan.namun,kita blh mencontohi keperibadian dan juga semangat beliau utk menegakkan keadilan Islam di mata dunia.pemimpin kita sepatutnya mencontohi beliau agar lebih lantang dan berani dalam menegakkan Islam,bkn sekadar mengadakan majlis mensyuarat yg sekadar bercakap semasa mensyuarat tapi tiada output.

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    iTU tujuan post saya kali
    even dia syiah ker…..
    keperibadian yang boleh dijadikan contoh
    ptt diangkat
    jika mampu menilai baik n buruk
    tak timbul soal itu

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    Erm, InsyaAllah. Mereka harapan baru dunia Islam.

    Fatin Pauzi´s Artikel Terkini..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Ha…baru sebut nama ko.
    Ko team IM kan? Untuk screenshot blog aku kat direktori laman blog, boleh betulkan….sbb yang sekarang ini korang capture blog ini bergelap ms kuar popup subribe webform aweber aku. Boleh tak fatin?

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    KampungBoy, yang capture tu, automatik tak silap aku. Bukan manusia yang capturekan. Tak pe, aku try ty adly.

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    ok. Thanks. Dipersilakan. Aku menunggu di bilik berita

    [Reply]


  4. MyAvatars 0.2

    sekarang orang muda taknak dia lagi..orang muda iran ni nak bebas nak jadi macam amerika,semua pun pro amerika..tu yang kecoh sekarang..

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    pandai…betul media barat bkin prepaganda
    sekali pndang mcm media……
    erm

    [Reply]


  5. MyAvatars 0.2

    Hebat tul Mr. Presiden ni.
    Berani wat perubahan yg x dipkkan org lain.

    Eriyza´s Artikel Terkini..Rokok Cap Budak

    [Reply]


  6. MyAvatars 0.2

    memang hebat.

    harapnya pemimpin kita pun tirulah cara pemimpin2 yang hebat macam mereka. jangan ingat perut sendiri saja. ramai lagi rakyat yang susah.

    alone´s Artikel Terkini..I Love PES2009!

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Haha…betul tu bro
    pemimpin yang mcm nie ada sedikit aja kat mlaysia
    dalam sedikit
    diorangla…paling banyak dihentam
    Ooops!!

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita