17
Kisah Lampau Latihan Praktikal
Kategori (Sembang2) Dikarang oleh KampungBoy Pada 17-06-2009
Harap korang jangan salah faham. Bukan kisah terlampau ek. Tapi kisah lampau aja. Almaklum, “perkataan terlampau” nie dah jadi satu trademark untuk kisah konterversi………..Ooops!! Abaikan jela. :) Bukan cerita itu yang aku nak kongsikan kat sini. Tapi kisah lampau masa aku menjalani khidmat negara latihan praktikal dulu. Latihan praktikal aku masatu dengan satu firm engineering. Kalau bukan kerana bagi can(peluang) kat sorang baby girl kelas aku dulu, memang sah-sah aku latihan praktikal dok panaskan punggung aja. Duduk bawah aircond sampai makan kuaci. Haha….memang kalau dapat, kerja memulau aja. Hujung bulan dapat gaji. Banyak ker dapat? Jawab aku, memang ciput aja. Standard rate bebudak praktikalla….Itu citenya kalau kat syarikat sana tu. Disebabkan aku dapat 2 tempat latihan praktikal, jadi aku dengan rasa yakin dan konfidennya atas arahan pensyarah aku menyerahkan salah satu daripadanya kepada rakan aku. Masa tu dia tak dapat lagi tempat latihan praktikal walaupun dateline hantar permohonan dah nak tamat? Sebenarnya ada pengalaman menarik sepanjang aku praktikal masatu. Nak tau?
Kebetulan masatu, company aku terlibat dengan projek di Kompleks Sultan Abu Bakar(CIQ) sana. Jadi aku pun turut dipanggil untuk memenuhkan kuota yang ada. Kalau korang nak tau, pensyarah aku pun dipanggil untuk turut serta dalam projek di CIQ sana. Duduk satu rumah pulaktu. Haha…memang haru :) . Masatu aku tinggal kat rumah company, area Taman Nusantara. Projek Installation Security System kat CIQ yang company aku bangunkan adala sekitar RM2.2 juta. Daripada kerja-kerja membancuh simen, pemasangan CCTV, upgrade pagar keselamatan sepanjang laluan SECOND LINK sehingga ke jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura. Pengalaman tu semua. Yang tak tahan, pensyarah aku pun kena dera dengan diorang, termasuk kerja membancuh simen. Walaupun tu semua takde kena mengena dengan dia. Biasala….bila ikut sekali dengan orang kerja kasar macam ini, perangai diorang memang cmtu. Tapi apa yang boleh aku katakan memang follow diorang, memang best. Masa kerja buat betul-betul. Kalau silap, memang kena maki kaw-kaw dengan supervisor aku. Kena pulak kerja kat tengah panas. Memang pakejla…kena. Kalau keje dalam bangunan, ok sikit. Tapi bila dah abes kerja. Masing-masing dah macam kawan, tak kisahla…..pensyarah aku, supervisor aku. Bantai gelak aja. :)
Memang rezeki aku masatu. Dapat ikut projek ini masa latihan praktikal, dapatla tempias sikit. Okeyla..kan. Tak dapat hujan lebat, dapat tempias pun jadikla. Elaun yang dapat pun lebih sikit. Tu belum lagi, kitaorang dapat hasil daripada jual kabel. Jual kat area Gelang Patah jugak. Aku dapat merasa duit kabel nie pun lepas 3 minggu aku ikut projek nie, pastu baru boleh join. Haha…sebelumtu jadik penonton aja. Yela…kita budak baru lagi. Dah ngam dengan diorang. Baru diorang kasi peluang. Yela…..kadang-kadang kabel, trunking, besi yang lebih dan tak pakai lagi nak buat apa kan. Jualla apa lagi. Takkan nak simpan kot bikin pusaka. Haha :) . Kalau siap kopek kabel tu, dapatla…dalam RM16 sekilo. Kalau malas nak kopek kabel, sket aja dapat, dalam RM10 cmtula. Sekarang ini aku tak tahu berapa ratenya. Member aku yang sama belajar dengan aku dulu, berbulu aja dengar “durian runtuh” yang aku dapat. Haha…nasib kaula labu. Tapi diorang dengar gaji memang boleh tahan, tapi kerjanya aku yang tanggung lebih, walaupun latihan praktikal.
Kat area Gelang Patah memang boleh tahan panas jugak. Sampaikan kabel yang kitaorang tanam boleh diaorang curi. Bila kitaorang perasan banyak kabel kena curi, memang tak boleh tahan jugak. Penat-penat pasang, hilang sekelip mata sahaja. Start daripada hari itu, kitaorang dok claim OT. Haha….Abes kerja dalam pukul 5.30 petang terus sambung daripada pukul 8.00 malam meronda sekitar pagar keselamatan SECOND LINK. Sampai satu ketika kitaorang berjaga sampai pukul 3/4 pagi, semata-mata nak jaga kabel dan pintu peti keselamatan daripada kena curi dengan “hantu-hantu kabel”. Hai….hidup menyusahkan orang. Pastu besoknya pukul 7 dah start gerak kerja balik. Camtula….hari-hari dalam tempoh seminggu. Badan jangan cakap, memang lesu.
Sampai satu haritu, bila kitaorang start ronda dalam pukul 7 lebih sebelah malam, tiba-tiba member aku nampak seseorang tengah syok potong kabel, kat sebalik semak. Apalagi member aku terus jerit kat diorang. Sementara member dia yang lain, dah start lari dengan gergaji besi. Tak cukup kaki diorang lari. Kalau kena kabel yang kitaorang baling, memang sah-sah dapat cop mohor, free-free aja. Tak dapat tangkap pun, macam pelesit diorang lari. Mungkin haritu, hari mereka. Diorang keluar ikut lubang dibuat sendiri kat pagar keselamatan.
P/S : Projek CIQ yang menelan belanja RM1.26 bilion menjadi sebahagian isu kontroversi apabila berkait secara langsung dengan pembatalan pembinaan jambatan bengkok pada 2006. CIQ yang mula dibina pada 2001 akhirnya berjaya disiapkan pada 2006 dan kemudian operasinya dibuka tepat pukul 12 tengah malam kepada para pengguna pada 16 Disember lalu. Diharapkan isu dan masalah CIQ ini dapat diselesaikan. sesegera mungkin. Janganla sampai diberikan julukan CIQ oh CIQ. Okey. Camne pulak pengalaman masa latihan praktikal korang semua? Ambo pun nak bukak mata gak baca.
Tiada Artikel yang Berkaitan














nama pN LINK klu 1 patah tentu lah tak boleh LINK
kuina´s Artikel Terkini..Hadiah Hari Jadi
[Reply]
June 19th, 2009 at 8:11 am
ya….saya suka teori tu
ada benarnya
[Reply]
wah,mencabar gak keje ko ek.. :-D
janajutawansiber´s Artikel Terkini..Minyak naik balik
[Reply]
Haish, macam siap2 je pasang kabel tu. Asyik kene curi je. Tak banyak rugi ke? Pasangla pak guard sorang. haha. Tapi, cam best je pengalaman ko cite ni. Aku tak sabar nak praktikal gak. :P
Fatin Pauzi´s Artikel Terkini..Fungsi Gelombang Minda Alpha Pada Otak Manusia
[Reply]
June 19th, 2009 at 8:13 am
Bolh claim insurans. Nasihat aku, cari tempat praktikal yang ko boleh prove kat company tuk keje ngan mereka lepas bes belajar…..
[Reply]
mcm keje trus ek prktikal ko.nmpk cm mncabar..prktikal aku dulu senang je lpak kat makmal ad org dtg cucuk2 org je.haha
[Reply]
June 19th, 2009 at 8:14 am
xde…..mana ada
nie pengalaman lampau aku aje
ms praktikal dulu
tu la psal kalau aku praktikal kat copany satu lagi
mmg memulau aja kejenya
banyak duduk daripada diri
haha
[Reply]