03
Korang Rasa Suasana Di Universiti
Filed Under (Umum) by KampungBoy on 03-05-2009
Kalau nak diputarkan kembali pengalaman belajar di universiti, mesti ada yang tak sanggup nak redah balik semula. Hoho…tobat nak belajar balik Cukupla…Mungkin, ada jugak yang nak berpatah balik ke alam di universiti. Kalau tanya kat aku, yang sudah tu sudahla…kan.Hoho…tapi kalau diberikan pilihan pastinya aku nak berpatah ke alam kanak-kanak. Wah…jauh angan-angan ko KampungBoy. Huhuh. Well…..memang takkan dapat punya. Cuma impian yang tinggal impian ajelah. Chewah….Tapi tula…..kalau nak diikutkan, semasa kita di universitilah tempat kita nak menimba seberapa banyak ilmu baik daripada sudut segi akademik dan juga yang lebih pentingnya keterampilan diri seperti sahsiah diri, soft skills dan banyak lagi. Kalau dah mula bekerja, kita takkan jumpa dan dapat merasa pengalaman yang sama seperti di univerisiti. Betul tak???






Hari ini aku nak kongsikan dengan anda semua bagaimana aku boleh terjebak ke lembah ebiz nie. Hendak dipendekkan ceritanya, aku menjumpai satu laman web jualan yang sememangnya menghamparkan kepada pengunjung-pengunjungnya dengan janji yang cukup manis (terlalu hype), kononnya boleh jadi kaya dalam sekelip mata melalui ilmu yang bakal dibongkarkan. Ramai yang tertipu, termasuklah budak hingusan dalam ebiz pada ketika itu. Siapa lagi kalau bukan aku. Hoho…. Aku pun terkena gak kawan. Nasib badan. Nak tau laman web tersebut ??




