05
“Dia” Baru Meninggal Dunia, Apa Persediaan Kita?
Kategori (Umum) Dikarang oleh KampungBoy Pada 05-09-2009
Sebelum itu, saya nak mengajak pembaca Blog Informasi KampungBoy, untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada rakan lama saya semasa di Universiti dulu yang baru sahaja meninggal dunia Jumaat lepas. Saya telah bersama-sama dengan yang lain untuk menziarahi dan membaca tahlil untuk jenazah. Saya cukup kagum dengan komuniti di Taman Melawati, kawasan tempat kediaman keluarga Allahyarham iaitu yang ramai datang berkumpul membaca tahlil di masjid surau dan mengunjungi tapak perkuburan jenazah. Sekurang-kurangnya mengikis tanggapan dalam kesibukan warga kota mengejar duniawi tapi nilai-nilai muafakat di antara masyarakat setempat masih lagi terjaga. Alhamdullliah.
Tajuk di atas bukanlah skeptikal untuk memohon sebegitu dari Allah S.W.T tetapi memberikan satu peringatan sebenarnya pada saya sendiri, bahawa dunia yang kita lalaui ketika ini tidak akan kekal lama. Bila-bila masa apabila tiba masanya, kita semua akan mengikut insan-insan yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. Tidak kira muda atau pun tua, sakit mahupun sihat, miskin mahupun yang kaya.
Cerita ini pun kurang jelas, kerana saya bersama rakan-rakan yang lain mendengar dari mulut orang sahaja. Dikatakan rakan saya meninggal dunia akibat kemalangan dengan sebuah lori di Sungai Besi dalam lingkungan pukul 7 malam dan Allahyarham menunggang motosikal ketika itu. Walauapapun punca kejadian sekalipun, saya doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan Mukmin.
Menarik Untuk Dibaca :














insyaALLAH, sma2 kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt.
[Reply]
Al fatihah…
setiap yang hidup itu pasti akan mati. Sama-sama kita doakan arwah ditempatkan dikalangan orang mukmin.
Bro KB, kalau ada kelapangan datanglah ke blog saya. ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.
[Reply]
Alfatihah buat Allahyarham.. Moga2 rohnya dicucuri rahmat..
[Reply]
setiap yg hidup pasti pergi. takziah dan al-fatihah dari saya. =)
[Reply]
al-fatihah dari saya… setiap yg datang pasti akan pergi jua.
namun sudahkah kita bersedia untuk hari pembalasan?
[Reply]
takziah dan alfatihah dari saya
[Reply]
innalillahiwainnailaihiraji’uunn…
dari allah dia datang kepada allah jua dia kembali…
[Reply]
salam takziah dan alfatihah kepada rakan bro…semoga di bulan yang mulia nie, roh beliau akan berada di tempat yang dirahmati allah…
[Reply]
selamat hari raya aidilfitri 1430h
maaf zahir batin
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
[Reply]
takziah diucapkan.
selamat hari raya kampungboy
saya pelawat baru di sini.
cantik blog ni
[Reply]
Alfatihah untuk arwah. Moga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.
Selamat hari raya maaf zahir batin.
[Reply]