10
Tunjukkan Sokongan Anda. Bantulah Chenat
Kategori (Umum) Dikarang oleh KampungBoy Pada 10-07-2009
Setelah berbincang panjang dengan Blogger Kassim Selamat, saya turut ingin bersama-sama bersetuju untuk membantu saudara Chenat dan kini kami ingin mengajak anda untuk turut serta membantu. Saya pernah menyiarkan artikel di laman Blog Informasi KampungBoy setelah terbaca artikel dipaparkan di blog Lagenda Buta oleh blogger Kassim Selamat. Mungkin penderitaan yang dialami oleh saudara Chenat ini adalah sebahagian daripada kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami individu yang kurang bernasib baik di Malaysia ini. Walaupun begitu, anda juga mempunyai alternatif lain untuk tunjukkan sokongan membantu saudara Chenat dengan cara………..
Saya pun masih tidak mengetahui keadaan kesihatan saudara Chenat ketika ini. Kita doakan dia cepat sembuh. Sayang sekali, dalam usia semuda Chenat yang baru berumur 19 tahun, diperlakukan seperti ini. “Binatang” mana yang sanggup buat tindakan sebegini. Erm…….Sebenarnya, dengan anda hanya mendownload Ebook Percuma “Teknik Pemasaran Blog” anda sebenarnya mampu menyumbang sesuatu bagi meringankan beban seterusnya membantu keperitan yang dilalui saudara Chenat. Untuk makluman, setiap download ebook percuma ini anda sebenarnya dikira dan amat-amat bernilai. Setiap download anda bernilai sebanyak 10 sen. Saya sendiri akan mengeluarkan wang untuk kempen ini. Ebook ini boleh didownload secara percuma di ruangan yang telah saya sediakan di bahagian atas laman blog ini.
Perancangan awal, jumlah download untuk ebook percuma hasil tulisan saya ini akan dikira dan dijumlahkan pada awal bulan puasa kelak. Saya ada meletakkan butang berwarna biru ruangan download itu. Butang ini dinamakan chicklet button. Butang ini akan dapat membantu saya bertindak dengan mengira secara automatik daripada masa ke semasa bergantung kepada jumlah pengunjung yang mendownload ebook percuma ini. Jumlah wang hasil kempen ini, akan diberikan kepada keluarga saudara Chenat melalui blogger Kassim Selamat. Lagipun Blogger Kassim Selamat pun pernah datang sendiri ke rumah keluarga saudara CheNat sebelum ini.
Jadi kepada blogger-blogger, Usahawan Internet dan penguna Internet, ayuh semua tunjukkan sokongan anda dengan dengan menyebarkan berita ini. Bersama-sama ini, saya ada sertakan banner -banner untuk diletakkan di blog masing-masing atau dimana-mana komuniti Internet dan diperhebahkan kepada umum termasuk orang-orang kampungBoy :). Jikalau anda ingin menghulurkan sumbangan secara terus ke keluarga Chenat, dipersilakan.



P/S : Anda boleh menulis kata-kata semangat kepada saudara Chenat khususnya dan seluruh ahli keluarga amnya di ruangan komen bawah ini. Jika masa diizinkan kelak, moga-moga mereka dapat melihat keperihatinan yang anda tunjukkan
Menarik Untuk Dibaca :














saya doakan
semoga chenat cepat sembuh
[Reply]
July 13th, 2009 at 9:19 am
Ya…kita doakan yang terbaek untuknya.
Insyaallah
[Reply]
Alhamdulillah dan tahniah kepada KB…
Harap-harap ramailah rakyat Malaysian camni eh…
Saya sokong 100%
Mantra´s Artikel Terkini..Facebook dan Twitter, mana satu pilihan hati?
[Reply]
July 13th, 2009 at 9:21 am
Sdara juga dialu-alukan
untuk menghebahkan kempen ini
supaya lebih ramai yang menyertainya….
Jom!!!
[Reply]
Usaha yang baik. Sama2 kita doakan dia cepat sembuh.
Alkepong´s Artikel Terkini..Will I Get Rich Trading?…Probably Not
[Reply]
July 13th, 2009 at 9:23 am
welkam alkepong. tula, dalam ms yang sm, dapat ringankan beban ahli keluarganya…
hari ini hari dia, hari kita, tiada siapa yang tau…
[Reply]
insya-Allah kempen ini akan dipanjangkan ke blog saya.
doa & harapan saya semoga chenat akan sembuh, insya-Allah.
[Reply]
July 13th, 2009 at 6:06 pm
Dipersilakan…terima kasih dengan sokongan saudara. moga Ramadhan yang kali ini, kita bagi sokongan semngat yang terbaek kepadanya.
[Reply]
Tokwan turut bersimpati denagan nasib yang menimpa chenat… dan tok wan puji langakah dan usaha yang diambil oleh kampungboy..semoga oleh memberikan kekuatan kepada chenat dan keluarga..
tahniah untuk kampungboy.
[Reply]
Alhamdu Lillah…
smga progrm kebjikan ini boleh membka mata kita rakyat Malaysia.
Ya Allah! KAU kurniakan nikmat kesihatan dan kesejahteraan yg berpnjgan kepada chenat. AMIINNN!
[Reply]