Jangan Lupa Download ebook "Teknik Pemasaran Blog" secara PERCUMA
Powered by MaxBlogPress 


[HOT]AYUH SEMUA!!

Page Rank
Nama:
Email :

Pilihan Buat Duit[FREE REGISTER]

1. ClickBank Merchant [Longgokan 10,000++ Produk Digital Terbaik]
2. PayPal [Pilihan Percuma Online Payment]
3. Hosgator [Penyedia Hosting Terbaik]
4. YouthSays [Buat Duit Dengan Survey]
5. Email Marketing Aweber [Great]
6. Buat Dut Dengan AdsFly
7. TeamWork Revolution Power System
8. Belajar dengan Jaguh Affiliate Dunia
9. AwSurvey [Buat Duit Dengan Survey]

Video Lucah Bikin Slow Broadband Malaysia???

Kategori (Umum) Dikarang oleh KampungBoy Pada 03-07-2009

 Video Lucah Bikin Slow Broadband Malaysia??? Hari itu aku baru keluarkan artikel bertajuk “Streamyx Meletup kat Dewan Rakyat” disebabkan masalah broadband Malaysia sekarang ini makin mencapai (zon merah), kronik dah nie. Pastu kelmarin dalam akhbar Utusan Malaysia keluar kenyataan seperti di bawah daripada Menteri. Adakah ini standard jawapan Menteri apabila menangani sesuatu masalah lebih-lebih lagi berkenaan dengan kelembapan Broadband Malaysia, apabila mengatakan puncanya adalah disebabkan pengguna Internet mendownload video lucah. Haha…..layankan ajala.

JELEBU 30 Jun - Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.

“Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum. “Buat masa ini, kita masih menyelidik berhubung masalah ini, namun kita telah kenal pasti beberapa pihak yang terlibat dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit,” kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perhimpunan Hari Guru Daerah Jempol dan Jelebu di sini hari ini.Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka.

Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan. Rais mengakui pihaknya telah menerima banyak aduan tentang masalah tersebut serta menyifatkan golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu sebagai dalang di sebalik kelembapan kemudahan berkenaan.

“Saya akui memang kita terima banyak aduan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan masyarakat umum dapat menikmati kemudahan tersebut pada kelajuan yang sepatutnya,” ujar beliau. Mengenai tindakan dan hukuman kepada kumpulan itu, Rais memberitahu, ia bergantung terhadap kesalahan dilakukan.

 Video Lucah Bikin Slow Broadband Malaysia??? Bagi aku mudah aja, tak payah nak ribut-ribut, nak pening-pening. Memang service broadband Malaysia teruk kat Malaysia nie. Masalah bukan kat individu yang mendownload, tetapi servis yang hampeh tak boleh  tampung keperluan masyarakat. Betul tak??? Pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan Malaysia jangan hanya menyalahkan rakyat semata perlu bertindak daripada sekarang. satu lagi takkan baru sekarang perasan masalah seperti ini. Lagi satu isu download-mendownload ini bukan video lucah semata, banyak lagi yang seumpama inivideo lucah ke movie ke drama ke games ke. Memang semua pengguna ada hak dan kebebasan mendownload.  Kalau katakanlah nak membanteras aktiviti block website yan menawarkan “hidangan dan sajian” video lucah pun takkan menyelesaikan masalah kelembapan broadband Malaysia. Sebab ada pengguna Internet yang menggunakan proxy, VPN, VPS, remote storage……..ala, macam-macam cara boleh elakkan. Yang pentingnya broadband Malaysia perlu dipulihkan. Bertindak sekarang!!!! Itu yang penting.

Menarik Untuk Dibaca :

  1. Kehebatan Video Marketing
  2. Gol….Manchester United vs Malaysia
  3. Streamyx Meletup kat Dewan Rakyat



Add this to : Digg! Digg it Bookmark! Save to Del.icio.us Subscribe to RSS Subscribe to My RSS feed

Ruangan Chatroom :

23 Komen Bernas :> “Video Lucah Bikin Slow Broadband Malaysia???”


  1. MyAvatars 0.2

    macam mana nak capai Jadi Negara maju dgn cepat kalau Broadband masih slow?

    alantanblog´s Artikel Terkini..The Fastest Way to Get a Platinum Credit Card

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    tula pasal
    dah 50 taun merdeka
    masalah seperti ini tak setel2 lagi

    [Reply]

    mohd rizal bin ramli Reply:

    anda nemghadapi masalah kewangan tak nak pinjam dgn along,bank sila layari laman web ini jika anda mahu mengatasinya
    http://myvemma-ijjalloaded.blogspot.com/
    skrg….

    [Reply]


  2. MyAvatars 0.2

    TU le masalah kalau orang bercakap tak guna ilmu. :P Opss…

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Lontarkan aja pandangan kamu
    xmo takut2
    biarkan kasi suara rakyat kerdil cm kita didengari :)

    [Reply]


  3. MyAvatars 0.2

    Menteri bangang lah namanya tu…adeh malu tol ada menteri macam ni

    EiNS´s Artikel Terkini..Memperkenalkan wibiya toolbar dengan teknologi ajax

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Itula…kadang2 lebih baek diam daripada bersuara

    [Reply]


  4. MyAvatars 0.2

    memang payah kalau citer dengan orang yang tak faham pasal teknologi broadband nie….

    kisahsensasi´s Artikel Terkini..Syarat bogel Emmy Rossum

    [Reply]


  5. MyAvatars 0.2

    hahaa..apakah?aku antara mangsa berukbad yang slow tu..huuu

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Cuba bubuh snailmyx dengan berukband sebelah mnyebelah mana yang paling laju. Haha…

    [Reply]


  6. MyAvatars 0.2

    menteri jangan cakap jer , tangkap la !!!

    [Reply]


  7. MyAvatars 0.2

    No komenlah

    Zairi Zaidi´s Artikel Terkini..Bagaimana Nak Memulakan Blog?

    [Reply]


  8. MyAvatars 0.2

    Macam ni punya kes pun ade ke?

    [Reply]


  9. MyAvatars 0.2

    Cuba bagi pakej basic kurang2 7MB. Xde la slow dah broadband.

    Dr House´s Artikel Terkini..Ruin By The Selling Out

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Haha….kalau smpai tahap pakej bangsawan cmtu. takpela…tu namanya nak cekik dwet rakyat.

    [Reply]

    Dr House Reply:

    Kalu kat US pakej 7MB tu pakej basic. Tu 2 tahun dulu.

    Dr House´s Artikel Terkini..Ruin By The Selling Out

    [Reply]


  10. MyAvatars 0.2

    erk..tak boleh salahkan pengguna..sebab dia org MEMBAYAR.

    kita pun MEMBAYAR perkhidmatan yang hampeh!

    Kujie´s Artikel Terkini..Duta kambing

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Kadang2 inila jadiknya kalau cakap tak nak pikir dulu. Kan sekarang ini free2 aja kena hntam dengan rakyat.

    [Reply]


  11. MyAvatars 0.2

    ko kene faham. Orang kita memang suka benda-benda camtu..

    titan´s Artikel Terkini..Komisen Ke 3 dari Bukisa

    [Reply]


  12. MyAvatars 0.2

    Tak boleh blah.. saffa bgantung kepada wifi jer.. :D

    saffa´s Artikel Terkini..I Bought DSLR Nikon D60 And Had A PhotoShoot At Alamanda, Putrajaya

    [Reply]

    KampungBoy Reply:

    Nie baru dinamakan ekonomi
    kalau ada masalah pe2 pn
    pgguna wifi
    ttp menten

    [Reply]


  13. MyAvatars 0.2

    bukan nak sokong video lucah…mmg video lucah ni salah..
    tapi org kat US tu lagi ramai yg download benda2 camni…ok je tenet..
    ok la,kalo kat malaysia xdownload video lucah,download bnd len lak seperti mp3…
    xkan nak salah kan mp3 pulak…

    skandal melayu´s Artikel Terkini..Musim Busy Bagi Saya.

    [Reply]


  14. MyAvatars 0.2

    haha.. krajaan mkin bodo gamaknye ye.. :gelak aku sokong scandal mlayu tuh.. kt us tu lg la ramai yg dwload vdeo2 lucah.. tp xdak poblem pown.. ape cter??

    [Reply]

Tinggal Komen Bernas Anda




Masukkan Emel Anda Untuk Dapatkan Artikel Terkini
Blog Informasi KampungBoy
Terus Ke Emel Anda:





Blog Kita